Selain kejayaan Bell Ngasri merangkul trofi Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Jumaat lalu, penampilan penyanyi, Aina Abdul pada segmen karpet merah menjadi antara topik ‘trending’ di Twitter.
Ini kerana wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Bahkan, sudah menjadi tabiat wanita yang suka bergaya sepanjang masa agar sentiasa kelihatan cantik dan ‘fashionable’, tambah-tambah lagi dengan kehadiran fesyen-fesyen yang lebih ‘versatile’.
Sebagai orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka.
Pelbagai fesyen juga dapat dilihat. Sesungguhnya memakai tudung bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai selebriti yang tampil dengan fesyen unik sekaligus menjadi bualan ramai di media sosial.
Busana berbentuk ‘blazer’ gergasi rona merah selebar empat kaki digayakan Aina ‘menenggelamkan’ persalinan selebriti lain, sebaik penyanyi lagu Terus Hidup itu melangkah di Istana Budaya (IB).
Mencipta momen sendiri, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, tiba di IB dengan menaiki lori lut sinar bersama anggota kumpulannya.
Aina mengaku berhabis puluhan ribu ringgit untuk tiga persalinan di ABPBH 35, termasuk sewaan lori lut sinar yang membawa busana gergasi rona merah rekaan Behati seberat 25 kilogram (kg) dan 20 anggota pasukannya.
“Pada kemunculan di ABPBH 34, ramai kata saya banyak menunjukkan bentuk badan, baju ketat dan sebagainya.
“Jadi, kali ini saya pilih Berhati lagi. Disebabkan saya suka pakai ‘oversized blazer’, jadi kami putuskan mencipta busana sama.
“Blazer merah rekaan Behati ini mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Saya ambil inspirasi konsep mega dalam merealisasikan persalinan ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kenderaan yang dipilih untuk menghadiri acara anugerah itu, Aina berkata, hanya lori boleh memuatkan busana itu dan anggota pasukannya.
“Bukan sengaja saya naik lori pergi ABPBH 35. Ini perlu kerana baju itu terlalu besar selain turut disokong kayu. Jika dikira, semuanya seberat lebih 20kg.
“Kalau saya naik kereta, tidak muat,” katanya.
Selesai memperagakan ‘blazer’ besar itu, Aina yang menjadi selebriti terakhir melangkah di karpet merah, menukar busana kepada konsep sekuntum bunga mawar merah besar di dada bersama ekor gaun yang meleret.
“Saya dikenali dengan bunga ros. Jadi, tahun ini saya pilih ros merah. Sebelum ini pada ABPBH 34, saya tampil dengan gaya ros hitam.
“Jadi, konsep bunga ros ini adalah rentetan daripada gaya terdahulu,” katanya.
Aina yang menghabiskan tiga jam untuk bersiap, berpuas hati menyedari busana digayakan di karpet merah ABPBH 35 mendapat perhatian ramai.
Selain beraksi di pentas ABPBH 35 mendendangkan lagu Terus Hidup dalam segmen belasungkawa mengenang anak seni yang sudah menyahut seruan Ilahi, malam bersejarah itu menyaksikan Aina merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom bagi single sama.
“Dari kecil saya ikuti ABPBH. Jadi, apabila saya ceburi arena ini, saya taruh harapan dapat menggenggam trofi ABPBH. Malam ini, ia jadi kenyataan, Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas mengenai kritikan peminat terhadap penyanyi lain, terutama pesaing dalam kategori sama, Aina sentiasa sentiasa mengingatkan penyokong supaya tidak berbalah.
“Saya selalu ingatkan kelab peminat, Ainations supaya berhati-hati dan jangan berbalah. Saya dan rakan penyanyi lain, kami baik-baik sahaja.
“Malah, selagi (kontroversi) terkawal, saya abaikan demi kesihatan mental,” katanya.
Pada kategori Penyanyi Wanita Popular, Aina bersaing dengan Siti Nordiana yang menang trofi itu pada edisi ke-32 dan ke-34; Ernie Zakri, Nabila Razali dan Wany Hasrita.
Lagi perkembangan berita sensasi dalam dan luar negara, jom ikuti laman channel rasmi Whatsapp Murai My untuk info terkini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.