Monday, December 23, 2024

Remaja 16 Tahun Diminta Oral Seks Dengan PU Azman, Ibu Mangsa Jadi Saksi Anak Telefon Minta Pulang

75
KONGSIAN
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.
Wanita berusia 46 tahun yang merupakan bekas guru dan ustazah kepada mangsa berkata, perkara itu diceritakan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan dalam satu pertemuan tahun lalu.
“Seingat saya apa yang mangsa cerita pada saya, PU Azman yang meminta menghisap kemaluan mangsa sehingga mangsa mengeluarkan air maninya.
“Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Menurutnya, dia juga lebih mempercayai mangsa berbanding PU Azman.
Ini kerana jelasnya, mangsa tidak pandai berbohong dengan gurunya dan yakin apa yang diceritakannya adalah betul.
Disebabkan itu kata wanita berkenaan, dia rasa bertanggungjawab untuk mengambil berat kes berkenaan memandangkan dia yang memperkenalkan mangsa dengan tertuduh.
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan yang anaknya turut menjadi mangsa tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya.
“Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara tapi anak saya beritahu tentang kejadian seksual berlaku dan mendesak saya balik.
“Pada mulanya saya tak percaya apa dikatakan oleh anak saya dan pada masa sama tidak percaya juga yang PU Azman akan melakukan perkara itu,” katanya.
Bagaimanapun kata saksi itu, berbanding PU Azman, dia lebih mempercayai anaknya dan disebabkan itu membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah.
Malah katanya, anaknya juga memberitahu yang rakannya lagi teruk menjadi mangsa seksual tertuduh.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.
Seramai 26 orang saksi dijangka akan dipanggil sepanjang kes perbicaraan tersebut yang bermula pada 24 Julai.
Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.
Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.
+1
3
+1
0
+1
2
+1
7
+1
11
+1
26

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI