• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lebam Tubuh Badan, Jangkitan Telinga Dan Alami Gangguan Anxiety Kerana Filem, Ini Antara Pengorbanan Yang Dilalui Daiyan Trisha

by Puteri Alia
July 29, 2023
Share on Facebook

“Banyak sangat luka, lebam, jangkitan kulit. Trauma pun ada. Inilah watak yang paling mencabar saya pernah buat” .

Demikian kata-kata pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila berkongsi pengalaman yang dilakonkannya dalam filem seram.

Menurut Daiyan, pelbagai cabaran yang perlu dilakukannya demi menjayakan watak dalam filem tersebut yang menjalani penggambaran 4 tahun lalu.

“Jangkitan pada telinga juga agak lama saya alami, kulit saya juga sensitif jadi cepat lebam dan gatal-gatal.

“Selepas sebulan penggambaran selesai baru semuanya pulih. Saya bersyukur saya dapat berikan yang terbaik buat filem ini.

“Ini filem pertama yang banyak saya kena berlakon kasar. Sebab banyak babak yang mencabar, agak terkejut juga tapi saya buat sahaja. Trauma juga sampai saya perlu berehat seketika selepas itu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Daiyan berkongsi dia turut mengalami masalah ‘anxiety’ dan ‘panic attack’ ketika melakonkan sesebuah babak malah trauma dan sering menangis.

“Saya tahu saya akan berlakon babak-babak kasar tersebut tapi saya tak sangka ia benar-benar mencabar. Sekiranya diberi watak seperti itu lagi, saya akan lakonkan lagi.

“Saya trauma dan banyak menangis sebab ia memang mencabar. Saya memang ada ‘anxiety’ namun masih boleh dikawal.

“Antara babak yang saya buat adalah bersalin bayi dalam keadaan berdiri. Pertama kali saya buat babak itu, susah juga. Banyak babak yang saya kena dera seorang diri.

“Ia bukanlah filem seram semata tapi seperti filem thriller,” kongsinya.

Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong ini kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek.

"Sakit Gila Nak Mati.."-Daiyan Trisha Kongsi Pengalaman Terkena Jangkitan Virus Influenza
Daiyan Trisha
https://lomp.at/uwcy9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

PU Syed Tegur Penampilan Seksi, Liyana Jasmay Akui Memang Suka Bergaya Begitu

by Puteri Alia
September 24, 2025

Selebriti popular, Liyana Jasmay memilih untuk berlapang dada dengan setiap teguran yang diterima, termasuklah kritikan pendakwah bebas PU Syed yang...

Read more
Lokal

Lisdawati Dedah Minat Bawa Motosikal, Pernah Bawa Motor KL-Sungai Petani Balik Hari

Pelakon terkenal, Lisdawati menerima perhatian ramai apabila penampilannya yang sopan dan longgar ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ mendapat pujian warganet....

Read more
by Puteri Alia
September 29, 2025
Lokal

Kahwin Lelaki Belanda, Sabronzo Akui Sedang Bimbing Suami Mualaf – “Saya Tak Mahu Tekanan Dari Sesiapa”

“Alhamdulillah, semuanya okey dan berjalan lancar,” demikian kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, ketika berkongsi tentang kehidupannya selepas bergelar isteri kepada...

Read more
by Puteri Alia
November 6, 2025
Lokal

“Masuk Silibus Sekolah!” – Heliza Helmi Cadang Kisah Perjuangan Palestin Diajarkan Kepada Murid Malaysia

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dijadikan sebahagian daripada silibus pendidikan di...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Foto - @shopeemy (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- “Berhambur Air Liur”

Ada yang sudah tonton video iklan Shopee baru-baru ini? Bersempena dengan Jualan Hari Jadi 12.12, platform membeli-belah dalam talian Shopee...

Read more
by Nurul A.
December 5, 2025
Lokal

Anna Jobling Tepis Dakwaan Sombong – “Kalau Jumpa Saya, Tegurlah”

Pelakon muda, Anna Jobling, tampil menafikan dakwaan kononnya dirinya berubah dan bersikap sombong selepas popularitinya meningkat di negara seberang. Anna...

Read more
by Puteri Alia
November 8, 2025
Lokal

Adik Uqasha Senrose Sangkal Kenyataan Kamal Adli?-Tiada Istilah ‘Terjumpa’..”

Pelakon, Kamal Adli atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli sebelum ini memberikan kenyataan mengenai isu kelonggaran untuk dia bertemu...

Read more
by Naddy Joe
November 20, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman & Irfan Haris

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Betty Rahmad yang memaparkan beliau sedang...

Read more
by Noah Ab
September 23, 2025
Foto - @davidbeckham (IG)
Hollywood

David Beckham Ada Hubungan Sulit? Ini Cerita Dari Victoria Beckham

Penyanyi dan pereka fesyen, Victoria Beckham baru-baru ini bersuara tentang isu lama berhubung dakwaan hubungan sulit suaminya iaitu David Beckham....

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

Perkongsian terkini Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial miliknya, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore