Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Sanggup Jawab Telefon Walaupun Pada Jam 3 Pagi! Kajol Dedah Sikap Shah Rukh Khan

by Aphit J.
July 30, 2023
841
KONGSIAN
Share on Facebook

Raja dan ratu bollywood, Kajol dan Shah Rukh Khan dikatakan antara selebriti yang mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik.

Semua sedia maklum, gandingan kedua-dua pasangan ini seringkali dimainkan di Bollywood dan nama mereka semakin dikenali selepas kejayaan beberapa filem sebagai pasangan bersama.

Kajol Dedah Sikap Shah Rukh Khan

via Liputan 6

Menurut Intepseleb, isteri Ajay Devgan mendedahkan bahawa Shah Rukh Khan adalah kawan baik, malah dia juga turut mengakui Raja Bollywood itu sentiasa mengangkat telefonnya walaupun dipanggil pada awal pagi.

Seorang kawan yang sangat baik. Saya tahu sebenarnya jika saya perlu menghubunginya pada pukul 3 pagi, dia akan menjawab pangilan telefon saya.

Bagaimanapun, pelakon filem The Trial itu mengakui walaupun dia mengetahui bahawa Shah Rukh Khan akan menjawab panggilannya, tetapi dia tidak pernah beria dan sentiasa menghubungi atau memberi mesej kepada Shah Rukh Khan.

Tidak, saya tidak menghantar mesej kepadanya setiap hari ‘Selamat pagi’ dan menghantar gambar bunga kepadanya.

Saya rasa dia akan menikam saya dengan garpu jika saya cuba melakukan sedemikian.

Menghafal Semua Dialog

via Midday

Menurut Intepseleb, Kajol turut mendedahkan kepada umum bahawa Shah Rukh Khan merupakan selebriti di India yang akan menghafal kesemua dialog sebelum melakonkan watak yang diberikan.

Apa yang saya tidak suka dan juga paling menarik tentang dia, apabila dia datang ke set, dia tahu semua baris semua orang di set.

Tidak kira jika kita melakukan adegan tiga muka surat, dia akan menghafal ketiga-tiganya. Dia tahu dialog saya, dialognya, dan juga dialog orang ketiga.

Kata Kajol, kebiasaanya Shah Rukh Khan akan datang ke set dengan menghafal semua dialog yang diberikan.

Meskipun dialog tersebut hanyalah untuk tiga muka surat sahaja, dia akan menghafal kesemuanya termasuklah dialog Kajol sendiri.

Top 5 Peminat Bollywood Yang Bertukar Menjadi Stalker Paling Menakutkan!
What’s your Reaction?
+1
31
+1
12
+1
6
+1
14
+1
34
+1
60

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

kajolshah rukh khan
https://lomp.at/4pxc7
Share336Tweet210SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem