Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Siapa Kata Ayah Saya Tanggung? Sendiri Buat, Sendiri Tanggunglah”- Mahu Hidup Bebas, Maysa Masyitah Tak Mahu Lagi Jadi Artis

by Puteri Alia
August 7, 2023
162
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas menerima kecaman hebat, penyanyi Masya Masyitah akhirnya bersuara sekali gus menegaskan bahawa keputusan untuk membuka tudung adalah atas kerelaannya sendiri.

Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 24, menjelaskan keputusan tersebut juga tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu termasuk bapanya sendiri.

“Siapa kata ayah saya tanggung? Sendiri buat, sendiri tanggunglah.

“Kenapa orang lain pula menanggung (dosa) pula?” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Dia yang popular menerusi lagu Halimunan itu juga menegaskan ingin memiliki kehidupan yang lebih bebas selain enggan lagi terbabit dalam dunia selebriti.

Masya juga tidak kisah sekiranya populariti yang diraihnya sepanjang bergelar selebriti terkubur kerana lebih selesa dengan kehidupan sebagai orang biasa.

“Saya nak hidup bebas dan tak mahu lagi menjadi artis.

“Tak mahu lagi hidup dalam dunia glamor. Orang kata saya sendu, ya, saya mahu jadi begitu.

“Sekarang nak jadi orang biasa sahaja dan berehat,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, Masya pada 30 Julai lalu mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab dalam Instagram miliknya.

Tindakannya meraih kecaman daripada netizen sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya dalam media sosial.

Sebelum insiden tudung terbang, dia juga kerap menjadi mangsa kecaman kerana menggayakan beberapa busana yang tidak bersesuaian dengan imej sebagai wanita berhijab.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
2

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Masya Mashitah
https://lomp.at/lfrsy
Share65Tweet41SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem