Setiap tindak tanduk penyanyi terkenal, Aina Abdul sentiasa menjadi perhatian ramai termasuklah fesyennya yang sentiasa unik dan di luar kotak fikiran.
Rai Ulang Tahun Keputeraan Puteri Hajah Amal Jefriah
Terkini, penampilan Aina Abdul kembali mencuri perhatian peminat selepas dilihat menggayakan kebaya songket ketika membuat persembahan pada malam sambutan ulang tahun keputeraan buat kerabat Diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.
“Meraikan hari lahir Puteri Hajah Amal Jefriah. I wish you happiness and may Allah showers His blessing upon you and your beautiful family.”-kapsyen Aina di Instagram
“Aina Kalau Pakai Macam Ni Memang…”
Rata-rata peminat banjiri ruangan komen, meluahkan rasa terpegun melihat penampilan Aina yang ‘simple tetapi mahal’, malah ada yang turut meluahkan rasa teruja melihat Aina berjaya membuat persembahan di hadapan kerabat diraja.
“Please kekalkan imej simple macam ni. Tak mau yang sarat-sarat. Macam ni nampak simple tapi mahal.”
“Aina kalau outfit klasik macam ni, baju semuanya cantik-cantik sangat.”
“Aina Abdul dah masuk istana..Dah jadi royal singer.. Tahniah!!.”
“Aina kalau pakai macam ni memang mengimbau look klasik lama sangat, pandai team Aina.”
“Molek sungguh Aina.”
“Cantik pakai macam ni.”
“Cantik ya baju songket desing dan warna ni.”
Penampilan Aina kali ini sangat memukau para peminat! Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.