Siapa sahaja yang tak kenal dengan penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat ini. Yunalis Zaraai atau lebih dikenali Yuna bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Oktober depan. Dengar kata tiket pun sudah hampir habis terjual.
Ini merupakan konsert sulung Yuna di negara kelahirannya sendiri dan sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia. Untuk info sebelum ini, Yuna pernah membuat konsert jelajah Amerika Syarikat menerusi US Nocturnal Tour pada 2014.
Untuk berada di kedudukannya sekarang bukanlah mudah, Yuna telah melalui pelbagai ujian dan rintangan dalam dunia muzik. Dan hasil usaha kerasnya, dia telah mengharumkan nama negara.
Yuna pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama yang berjaya tercalon di dalam anugerah BET di Amerika Syarikat menerusi lagu Crush duet bersama penyanyi Hollywood terkenal, Usher.
Menyertai program realiti TV One In A Million
Mengimbau kembali zaman berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, Yuna pernah mencuba nasib untuk menyertai program realiti TV One In A Million pada tahun 2006.
Yuna pernah menceritakan pengalaman hadir ke ujibakat ini dan berjaya masuk ke senarai Top 40 tetapi gagal untuk ke peringkat seterusnya iaitu Top 20. Ketika Yuna menghadiri temubual bersama Pak Abu dan disiarkan di saluran Youtube Suria TV, wanita berusia 36 tahun ini berkongsi cerita yang ramai peminat tak tahu.
Yuna akui berasa sedih ketika disingkirkan dalam rancangan tersebut sehingga tercetuslah idea mencipta lagu ‘Deep Conversation’.
” Selepas kena singkirkan tu, saya teringat masa tu saya balik rumah, terus ke bilik… macam sedih-sedih sikit, terus ambil gitar dan buat lagu Deep Coversation”- kata Yuna.
Ditanya adakah Yuna mahu menggapai cita-citanya dengan menyertai pertandingan tersebut, ini jawapan beliau;
“Rasanya macam tak, saya sertai pertandingan itu untuk bergembira sahaja. Pergi audisi itu pun sekadar mahu mencuba dan lihat apa yang akan terjadi. Lagi pun pada masa itu saya masih belajar lagi di pusat pengajian.
Jadi bila masuk audisi tu tak sangka diterima dan melepasi sehingga tiga pusingan. Hanya untuk menimba pengalaman sahaja dan tak mengharapkan untuk pergi lebih jauh sampai menang.”- tambahnya lagi.
Baru-baru ini, Yuna menerima Anugerah Eksplorasi Seni, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35.
Siapa sangka, keputusan Yuna untuk berhijrah ke AS dan meninggalkan keluarga serta tanah aih tercinta membuahkan hasil apabila pelbagai pencapaian serta pengiktirafan diterima di negara Uncle Sam itu.
Sepanjang tempoh 10 tahun bergelar perantau seni, penyanyi berhijab ini meraih banyak perhatian bintang antarabangsa seperti Billie Eilish, Usher, Pharrel Williams, Incubus, Rihanna dan Bella Hadid.
Teruskan berkarya Yuna!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.