Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Fatin Afeefa Titip Rasa Syukur Kes Interim Hak Jagaan Anak Selesai-“Kes Induk Hadhanah Masih…”

by Naddy Joe
August 15, 2023
97
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Fatin Afeefa dilihat berada di mahkamah bagi mendengar keputusan kes interim hak jagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini.

“Kes Induk Hadhanah Masih Berjalan…”

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Fatin menerusi Insta Stories, menitipkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akan berada di bawah jagaannya sehingga kes utama selesai.

“Alhamdulillah kes hadhanah interim selesai. Kes induk hadhanah masih berjalan. Praises Allah, Ivy akan berada di bawah jagaan saya sehingga kes utama selesai.”-kongsi Fatin Afeefa di Insta Stories

Terdahulu, dipetik laporan KOSMO, Fatin Afeefa pernah memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Pelakon filem Tentang Bulan ini akhirnya sudi membuat pindaan tuntutan dengan memberikan keizinan untuk Adam Shahz bertemu dan meluangkan masa dengan anak perempuan mereka semasa cuti sekolah.

Sekadar info, Fatin atau nama penuhnya Fatin Afifah Shamsudin pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam Shahz pada Disember, namun mereka membuat keputusan untuk berpisah sekitar Mei 2017.

Fatin kini bergelar isteri kepada seorang jutawan pelaburan saham online, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai dalam satu majlis pernikahan secara tertutup pada Disember 2022.

Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/sbo1z
Share39Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem