Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isteri Hidap Bipolar, Dini Schatzmann Akui Sudah Lali Dengan Perubahan Emosi Janna Nick Ketika Diserang Kemurungan

by Puteri Alia
August 16, 2023
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Bipolar ialah gangguan berkaitan penyakit kesihatan mental yang teruk hingga ia boleh menjejaskan ‘mood’ atau emosi.

Namun, sejauh mana bipolar yang juga dikategori dalam gangguan mental ini seharusnya digusarkan atau sekadar dibiarkan sahaja atau dipercayai boleh hilang dengan sendiri.

Namun, setiap orang perlu mengetahui mengenai gangguan personaliti bipolar. Gangguan bipolar dipanggil kemurungan manik atau ‘manic depression’ iaitu keadaan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan emosi melampau, termasuk emosi yang tinggi (dikenali sebagai mania atau hypomania) dan rendah (juga dipanggil kemurungan).

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Dini Schatzmann, 28, mengaku sudah lali berdepan masalah bipolar yang dihidapi isterinya, Janna Nick.

Dini yang membintangi filem Malbatt Misi Bakara sentiasa berada di sisi Janna untuk memberi semangat, termasuk dalam serangan terkini dialami isterinya, baru-baru ini.

“Beberapa hari sebelum kejadian, Janna beritahu dia dapat rasa seperti bakal diserang kemurungan dan sangat ‘down’.

“Jadi, cara saya untuk tangani masalah adalah dengan menjadi sistem sokongan dan bahu tempat isteri bersandar.

“Mereka (penghidap bipolar) tidak minta apa-apa pun, cukup ada orang yang boleh dengar apa yang hendak diluahkan sahaja,” katanya.

Dini berkata, jadual penggambaran Janna yang tidak menentu mungkin menyebabkan dirinya mudah berdepan kemurungan.

Selepas berkahwin pada 10 Jun lalu, Dini menambah, mereka hanya dapat berehat dan berbulan madu selama lima hari sebelum Janna kembali ke set penggambaran.

“Baru-baru ini, Janna terbabit dengan penggambaran dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Mungkin disebabkan tidak cukup tidur dan rehat, selain terpaksa berulang alik ke lokasi yang jaraknya agak jauh, beri kesan emosi kepada penghidap ‘bipolar disorder’ seperti Janna.

“Orang yang menghidap bipolar ada dua fasa. Peringkat pertama, dia teruja hendak buat semua benda. Fasa satu lagi, mereka tidak mahu keluar rumah, bersiap atau jumpa orang.

“Mereka juga cenderung berfikir terlalu banyak. Kadang-kala, mereka tidak ada masalah. Tetapi, otak mereka terlalu banyak berfikir hingga disangka ada masalah.

“Jadi, kalau Janna risau, saya perlu tenangkan dan sentiasa ingatkan bahawa dia sebenarnya okay,” katanya.

Berkongsi kehidupan berumah tangga, Dini mengaku melalui fasa bahagia kerana setiap kali pulang dari kerja, ada insan istimewa menanti di rumah.

[VIDEO] Janna Nick Perjelas Isu 'Hina' Fazura, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Bagaimanapun, Dini menambah, mereka perlu bekerja keras kerana banyak wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan dan proses berpindah ke rumah baharu, kelak.

“Siapa tahu jika ada rezeki anak, kami kena fikirkan persiapan untuk anak. Soal anak kami serahkan kepada rezeki. Jika ada rezeki dapat anak awal, kami terima,” katanya.

Dini dan Janna bernikah pada 10 Jun lalu setelah hampir empat tahun berkenalan. Pasangan itu memilih bernikah secara tertutup di Masjid A’shah Sungai Menghulu, Langkawi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/m6cco
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem