Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Terbongkar! Rupanya Ada Pesawat Lebih Besar Pernah Terhempas Di Bandar Elmina

by Phic ARMAN
August 17, 2023
Share on Facebook

Ketika orang ramai memberi perhatian kepada berita pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam petang tadi, ada fakta menarik yang dikongsikan oleh netizen. Rupanya ini bukan kali pertama kejadian pesawat terhempas berlaku di lokasi tersebut.

Menurut wikipedia, sebelum ini pada 27 September 1977, Pesawat Japan Airlines pernah terhempas di lokasi yang sama.

VIA Twitter

Kemalangan Pesawat Kedua Terbesar di Malaysia

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 tersebut terhempas berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Ia membawa sepuluh anak kapal dan 69 penumpang. Kemalangan ini merupakan kemalangan pesawat kedua terbesar di Malaysia pada masa kejadian.

Pesawat tersebut mula mendarat, dan turun di bawah ketinggian minimum 750 kaki, kemudian pada ketinggian 300 kaki, ia jatuh ke sisi bukit 4 batu dari lapangan terbang, berhampiran sebuah ladang yang bernama Ladang Getah Elmina. Pesawat hancur akibat hentaman, tanpa kebakaran.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8

Korbankan 34 Orang

Kemalangan tersebut mengorbankan 34 orang: lapan daripada 10 anak kapal dan 26 daripada 69 penumpang.

Empat puluh lima yang terselamat, di antara penumpang dan anak kapal, dibawa ke hospital. Serpihan dari nahas itu dapat dijumpai di tanah di sekitar ladang tersebut hingga 2011.

Sebahagian besar tanah tersebut kini telah dijadikan sebagai kawasan pembangunan.

Sejarah berulang kembali

VIA Bernama

Menurut Harian Metro, bukan tiga tetapi sekurang-kurang sembilan mangsa termasuk penunggang motosikal terbabit dalam tragedi pesawat terhempas.

Difahamkan seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat. Turut dipercayai terdapat seorang kenamaan turut berada dalam pesawat malang itu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pesawat itu dari Langkawi menuju ke Subang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Elmina
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara