Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kisah Seniman Tony Kassim Yang Meninggal Ketika Solat Tahajjud!

by Amirul Fikry
August 21, 2023
5k
KONGSIAN
Share on Facebook

“Tony Kassim, bintang filem dari Klang telah menjadi bualan ramai suatu ketika dahulu”

Jika dilihat sekali imbas, pasti ramai orang menyangka bahawa wajah Tony Kassim seakan mirip seperti wajah bintang Hollywood iaitu Tony Curtis.

Tony Kassim atau nama sebenarnya ialah Wan Abdul Rahman Wan Ahmad Tajuddin merupakan seorang pelakon filem melayu klasik sekitar era 60-an. Anak kelahiran Kampung Raja Uda, Klang Selangor ini dilahirkan pada tahun 1935.

Beliau memakai nama Tony Kassim itu menyatakan bahawa nama pentas ini telah diberikan oleh Che Hamzah Hussain. Rupa-rupanya, nama yang digunakan ini telah memberikannya kelebihan di dalam industri perfileman dan mencipta nama di bawah produksi Cathay Keris Filem.

Sebelum menceburi bidang perfileman, Tony Kassim bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan di Port Swettenham, Selangor. Setelah 6 bulan di Jabatan itu, beliau telah bertukar kerja dan bekerja di Kapal selama lapan bulan.

Bermula Kerjaya Sebagai Seorang Pelakon Yang Disegani!

Sehingga pada suatu hari, hatinya mula terdetik untuk pergi ke rumah saudaranya iaitu Pengarah M. Amin untuk mencari peluang baharu. Secara kebetulan pula M. Amin telah membawanya pergi ke studio untuk menjalani Screen Test, dengan harapan dan cita citanya yang tinggi beliau mula beraksi di depan lensa kamera.

“Bak kata pepatah ‘ Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu'”

VIA GOOGLE

Beliau akhirnya berjaya dalam screen test tersebut dan diterima berlakon dalam filem arahan M. Amin iaitu ‘Rumah Itu Dunia Aku’ pada tahun 1963. Beratus-ratus pemuda dari Singapura dan persekutuan Tanah Melayu telah mengambil bahagian di dalam screen test untuk filem tersebut.

Tony Kassim menyatakan bahawa cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon sudah lama dia impikan akan tetapi ketika itu belum ada peluang lagi. Dalam filem pertamanya itu, Tony Kassim telah diberikan peluang untuk memegang watak utama bersama-sama dengan seniwati Rose Yatimah, Latifah Omar, Malek selamat dan ramai lagi.

Selepas dari filem tersebut, beliau membintangi banyak filem tempatan sehinggakan jadual hariannya padat sebagai seorang pelakon. Komitmennya dalam lakonan menjadikan beliau seorang yang berdisiplin dan berjiwa tinggi kerana akhirnya cita-citanya selama ini tercapai.

Selepas bersara dari dunia lakonan, Tony Kassim banyak menyertai kegiatan sukarela dan kebajikan. Beliau juga pernah bekerja sebagai jurulatih Akademi Laut Malaysia Alam Sekitar pada tahun 1980-an dan amat mahir dalam ilmu pelayaran.

Pada 12 Ogos 2007, Tony Kassim telah meninggal dunia di usia 72 tahun, Allahyarham dikatakan telah kembali ke rahmatullah ketika sedang solat tahajjud kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan sujud dirumahnya.

Akhirnya beliau mendapat sebaik-baik pengakhiran yang diimpikan setiap manusia yang beragama islam. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin.

What’s your Reaction?
+1
52
+1
44
+1
1
+1
5
+1
18
+1
12

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

tony kassim
https://lomp.at/2fdfo
Share2003Tweet1252SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Kisah Seniman Tony Kassim Yang Meninggal Ketika Solat Tahajjud!

  4. 4

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  5. 5

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem