Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman tampil membuat pendedahan mengenai ‘penyondol’ dalam rumah tangganya yang merupakan rakan karib kepada Shila ketika di bangku sekolah menengah.
Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah mengakui bukan mudah baginya apabila mengetahui wanita yang seusia serta rakan karib puteri sulungnya telah berkahwin dengan suaminya.
“Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya- malah lebih tepat menjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.”-tulis Fauziah di Instagram
“Anak Sulung Saya Memberitahu…”
Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Mamazie, menyatakan bahawa Shila pernah menyatakan kepada dirinya mengenai khabar angin yang mendakwa bapanya telah bernikah lagi, namun dia masih berada dalam penafian terhadap khabar angin berkenaan.
“Pada 2019, anak sulung saya memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
Beberapa hari selepas mendapat tahu, saya bertemu sendiri dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri. Jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’.”-dedah Mamazie
Temui Beg Pakaian Suami Bercampur Dengan Pakaian Perempuan Lain
Tambahnya lagi, rahsia mula terbongkar apabila anak lelakinya menolong mengambil kereta yang tertinggal di Kedah selepas ND Lala dikatakan sedang sakit.
“Segalanya bermula apabila anak lelaki saya tolong ambil kereta yang tertinggal di Kedah sebab abah anak-anak saya dikatakan sakit. Kawan-kawan dia terpaksa hantar abah anak-anak saya dan perempuan ini ke Ipoh. Orang Kedah terpaksa cari anak saya untuk ambik kereta sebab abah anak-anak saya tak dapat dihubungi.
Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage. Kereta bagaikan rumah. Pakaian dobi dan lain-lain barang penuh satu kereta.-“dedah Mamazie lagi
Besar dugaan yang dihadapi oleh Mamazie..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.