Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ustazah Asma Harun Kesal Dengan Tingkah Laku ‘Budak Step’ Di Acara Port Fest 2023 Di Ipoh?

by Naddy Joe
August 25, 2023
Share on Facebook

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil bersuara terhadap satu video tular di media sosial mengenai sebuah konsert Port Fest yang diadakan di Dataran Ipoh, Perak, baru-baru ini.

“Acara Kemuncak Konsert Ini Sangat Mendukacitakan…”

Menerusi hantaran di Instagram, Ustazah Asma menyatakan bahawa beliau merasa dukacita terhadap acara kemuncak konsert berkenaan yang melibatkan pergaulan anak-anak muda Islam tanpa batas serta gerak tari ‘budak step’ yang memalukan.

“Saya maklum bahawa Port Fest 2023 ini bukanlah konsert semata, ia adalah festival dibuat 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad. Ada juga acara jualan, pameran, pertandingan, pertunjukan dan lain-lain. Namun acara kemuncak konsert ini sangat mendukacitakan.”-tulis Ustazah Asma di Instagram

Harus Letak Garis Panduan Kawalan Hiburan

Akui tiada salahnya menganjurkan festival yang menghargai penggiat seni, Ustazah Asma menjelaskan bahawa pihak berwajib seharusnya meletakkan garis panduan kawalan hiburan yang sewajarnya serta tidak lalai tentang kewajipan kepada Allah SWT.

“Tidak ada salahnya untuk diadakan apa jua festival, namun lihatlah baik dan buruknya. Letakkan garis panduan kawalan hiburan yang sewajarnya, tidak bercampur penonton lelaki dan perempuan, penampilan artis jemputan dijaga, tidak lalai tentang kewajipan kepada Allah SWT.

Isu konsert sebegini sudah ramai yang menegur, kerana pada akhirnya kita akan dapat lebih banyak mudarat dari manfaat terutamanya kepada generasi muda.”- Tulis Ustazah Asma lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun)

Di akhir hantarannya, Ustazah Asma turut menitipkan harapan agar pihak yang berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu yang sedang tular di media sosial itu.

[VIDEO] Wajah Ustazah Asma Harun Disamakan Dengan Ayda Jebat?-"Macam Kembar Pula"
Ustazah Asma Harun
https://lomp.at/qhpf1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

Namron Tampil Pertahan Que Haidar-“Dia Cuba Dirampas Semula Dari Kami…”

by Naddy Joe
April 7, 2026

Pelakon senior, Namron tampil mempertahankan aktor, Que Haidar agar tidak lagi menghilang daripada industri seni. Namron atau nama sebenarnya Shahili...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara