Tuesday, July 8, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

TAPAUfest Kembali Ke Lenggong: Kehebatan Indie Bertemu Keindahan Alam

by Aphit J.
September 2, 2023
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada tahun lepas, TAPAUfest kembali berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Memberi Penghormatan Kepada Wanita

via OPR Network

Berlatarbelakangkan tasik yang indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dan berpotensi dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.

Tahun ini TAPAUfest juga memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini.

Ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dengan Newruul, seniman muda di sebalik rekaan poster dan ‘merchandise’ rasmi, sementara barisan di PENTAS (pentas muzik) pula menampilkan ramai bakat wanita yang sedang menempa nama.

Pelbgai Aktiviti Boleh Diterokai

via OPR Network

Persembahan muzik di PENTAS hanya akan bermula pada jam 5 petang bagi memberikan masa kepada pengunjung festival untuk meneroka keajaiban Lenggong yang penuh dengan keindahan alam serta destinasi makan dan minum.

Pengunjung juga boleh berteduh dari matahari sambil belajar dan berkongsi pengetahuan di BENGKEL atau terokai karya pembikin filem indie di LAYAR yang dikurasi dengan kerjasama Kaki Seni.

Pengunjung boleh menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan sajian Malaysia terbaik dihidangkan oleh peniaga dari Lenggong dan ‘foodtruck’ dari seluruh Malaysia di WARUNG.

Bagi mereka yang suka membeli-belah atau mengumpul rekod, ‘merchandise’ atau karya seni, PASAR menghimpunkan karya artis dan jenama indie sambil dihiburkan oleh DJ di pentas mini.

Pengalaman Berkhemah

via OPR Network

Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong.

Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Santuy Campsite dan sertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau buat mereka yang inginkan pengalaman lebih minimal boleh mengikat ‘hammock’ di antara dahan pokok menerusi Outsiders Campout.

TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok.

TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).

Tiket Pre Sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan harga:
Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175
Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330
Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200

Untuk tiket dan maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia atau ikuti @TAPAUfest di semua media sosial.

TAPAUfest
https://lomp.at/kx2vr
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem