Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Warga Kota Kecam Cara Pavillion KL Sambut Hari Merdeka Guna Selotape-“Malu Wei, BARBIE Hari Tu Kemain Meriah”

by Zaidin Albert
September 4, 2023
Share on Facebook

Dalam usaha meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, pusat membeli-belah di ibu kota berebut-rebut untuk melancarkan kempen Hari Merdeka sepanjang bulan Ogos hingga September. Ada yang mengibarkan jalur gemilang gergasi di tengah-tengah pusat membeli-belah malah terdapat juga yang membuat dekorasi unik dan menarik.

Dengan usaha sebegini sudah semestinya membuatkan rakyat Malaysia merasa berkobar-kobar untuk menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini. Namun sebaliknya berlaku kepada salah seorang warga kota yang terkilan dan kecewa dengan sambutan di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Bukit Bintang .

Hari Itu BARBIE Kemain Meriah

Sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok ini menunjukkan keadaan sekitar pintu utama pusat membeli-belah tersebut yang hanya meletakkan beberapa batang bendera Malaysia.

“Inilah mercu tanda yang patut kita banggakan di Bukit Bintang, Pavillion Kuala Lumpur. Tapi malangnya, sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-66, hanya meletakkan tiang kayu bendera Malaysia dengan pelekat tape. Adakah ini level kita menyambut hari Kemerdekaan? Malunya, ini seumpama sambutan hari kemerdekaan di kelas 2 Cempaka sekolah rendah!. Hari tu BARBIE kemain meriah”- katanya dalam video tersebut.

@sirfitrichmj

Sesuatu yang perlu kita fikirkan. Ke aku je yang over think?

♬ original sound – fitrimokhtar – FitrimokhtarBukanInfluencer

Muatnaik video individu ini menarik perhatian netizen di laman TikTok. Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa dan ramai yang menyebut pusat membeli-belah itu lebih meriah jika menyambut perayaan lain seperti Hari Krismas kerana bergantung kepada budget.

Walaubagaimanapun, tak kira di mana-mana pun, kita haruskan tanamkan semangat patriotik sebaik yang mungkin sempena hari merdeka. Ini akan membentuk generasi masa hadapan menjadi individu yang sentiasa berusaha memajukan diri supaya dapat memberikan manfaat kepada bangsa, agama dan negara.

barbiemerdekaPavillion KL
https://lomp.at/zs7pp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hollywood

Brad Pitt ‘Ganti Wajah’ Watak Ikonik Léon, Video AI Ini Cetus Debat Panas Netizen

by Naja Nix
December 25, 2025

Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore