Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isteri Penyanyi Dan Pendakwah Opick, Bebi Selvina Mendedahkan Dia Dihalau Dari Rumah Milik Suaminya Sendiri

by Puteri Alia
September 6, 2023
108
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi umat Islam doa merupakan senjata, sumber kekuatan dan harapan untuk mengapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Di samping itu, doa juga sebagai penyelesai bagi setiap persoalan dan jawapan di dalam kehidupan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini media Indonesia ada melaporkan bahawa isteri penyanyi dan pendakwah Opick, Bebi Selvina mendedahkan dia dihalau oleh seseorang dari rumah milik suaminya sendiri.

Tidak menyebut nama individu terlibat, Bebi bagaimanapun berasa lega kerana tidak perlu lagi melayan ‘drama-drama’ dalam rumah yang didiami bersama penyanyi lagu Rapuh itu.

“Syukur tiada lagi manusia yang menunjukkan ‘muka’ dan usir aku dengan drama-drama nangis,” ujarnya.

Tidak hanya itu, Bebi mendakwa individu tersebut mengeluarkan barang-barang secara paksa malah menghancurkan alat solek berjenama miliknya.

“Pakaian saya dibuang dari almari, alat solek yang mahal telah dihancurkan. Tanpa rasa malu dan salah, tanpa minta maaf,” ujarnya.

Bebi sendiri bingung dengan situasi terbabit dan tertanya-tanya apa kesilapan yang dilakukannya sehingga dilayan sedemikian rupa di rumah sendiri.

“Saya menangis sedih dan sepi. Tidak henti bertanya apa yang salah,” soalnya.

Terdahulu, Bebi mengakui keluar dari rumah berkenaan kerana masalah rumah tangga dan turut membawa dua anak mereka Hasan dan Husen.

Namun, Opick memberitahu media Indonesia bahawa isterinya pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang sedang sakit.

opick
https://lomp.at/i4g9y
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem