Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Isteri Dan Ibu Yang Sangat Baik
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @samtillafanclub yang meraih perhatian netizen. Kini video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 137 ribu, 5 ribu tanda suka dan hampir 50 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Shaheizy Sam menceritakan mengenai isterinya yang berkorban menjaga anak-anak dan dirinya.
“Tilla ni bila dah berkahwin Sam bru sedar yang macam dia seorang isteri dan ibu yang sangat sangat baik . Macam mana dia jaga anak-anak sekaran bila Sam fikir kalau dia tak ada, Sam tak rasa boleh jaga anak-anak macam dia jaga”-luah Shaheizy Sam
@samtilla.hq Loveee gilaaaa lovebird ni @Shaheizy Sam @SyatillaMelvin 🥹 #samtilla #samtillahq #awakwangisayasuka #perfumetiktok #sam #themelvins #unforgettablesamtilla #samtilla82 #perfumeviral #salama #malbattmisibakara #khattyfauziah @SamtillaFanClub
Rata-rata netizen yang mengenali turut memuji sikap Syatilla Melvin itu. Mereka juga mengatakan bahawa dia pandai menguruskan hal rumah tangga, keluarga serta pekerjaan.
“Ye kita tengok Tilla macam gila2 dengan adik beradik dia, tapi dengan Sam auto sow dan manja sikit. protect anak2. gitu lah sifat seorang isteri dan ibu”
“Setiap orang ada kekurangan, tapi bila dapat pasangan yang tahu menghargai, dia akan lebih nampak kebaikan pasangan dia”-kata mereka
Apa-apa pun semoga pasangan ini dan kita semua diberikan keberkataan dalam kehidupan serta rezeki yang melimpah ruah.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.