Thursday, December 19, 2024

Kehilangan Bapa Kandung Amat Memeritkan, Anna Jobling Dirundung Kesedihan Terkilan Tak Sempat Tatap Wajah Bapa Buat Kali Terakhir

147
KONGSIAN
Duka kehilangan akibat kematian merupakan satu gejala emosi yang selalunya dihadapi oleh mereka yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Walaupun ia adalah satu proses atau reaksi yang normal, adakalanya ia boleh berpanjangan dan menjadi bertambah teruk sehinggakan mendatangkan masalah kepada kehidupan seharian individu tersebut.

Dirundung kesedihan namun hanya mampu berdoa dari jauh.

Itu beban rasa ditanggung pelakon Anna Jobling yang kehilangan bapa kandungnya namun tidak dapat menatap wajah lelaki pertama dalam hidupnya itu buat kali terakhir lantaran tuntutan kerja.

Anna yang kini berada di Bali bagi sebuah penggambaran drama tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian bapanya di United Kingdom (UK) akibat sakit jantung malam tadi.

Khabar duka itu dimaklumlan pengurusnya, Shawn Amer.

“Allahyarham meninggal dunia malam tadi di UK akibat sakit jantung.

“Anna tidak dapat berada di sisi bapanya buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.

Bintang drama Melur untuk Firdaus itu turut mengesahkan berita itu menerusi akaun Instagramnya.

“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi,” kongsinya.

“Mohon jasa baik anda semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah,” kata Anna yang menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang hebat dan sentiasa menyokongnya.

Difahamkan, ketika ini Anna berada di Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran drama bersiri, The One untuk sebuah laman penstriman atau Over-The-Top (OTT)

+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI