Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

JNTO KL Mengumumkan Bilangan Ketibaan Pelancong Dari Malaysia ke Jepun Setakat S2 2023

by Aphit J.
September 9, 2023
Share on Facebook

Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) menyokong pelancong Malaysia yang ingin melawati Jepun dengan penyertaan mereka dalam MATTA Fair pada 1 hingga 3 September 2023 yang diadakan di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

2023 Merupakan Tahun Yang Menarik

via The Knot

Pengarah Eksekutif JNTO KL, Puan Fumi Matsumoto berkata, 2023 merupakan tahun yang menarik bagi pelancong Malaysia yang melawat Jepun kerana banyak aktiviti, daya tarikan dan penginapan baharu yang telah dibuka semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka telah menerima sambutan yang positif daripada rakyat Malaysia yang berminat melancong ke Jepun, dan penyertaan JNTO di MATTA Fair adalah peluang yang baik supaya mereka boleh memahami keperluan dan kehendak pelancong Malaysia.

Tambahnya lagi, mereka juga berharap acara ini akan menggalakkan seramai mungkin rakyat Malaysia untuk melawat Jepun.

Berkongsi Mengenai Pelepasan Air Terawat

via Skypack

Selain itu, JNTO ingin berkongsi sumber berasaskan sains daripada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) sebagai rujukan tentang pelepasan air terawat ALPS di laman web mereka.

JNTO telah mengeluarkan statistik tentang ketibaan pelawat asing ke Jepun melalui laman web mereka (dalam bahasa Jepun).

Pada bulan Julai 2023, anggaran awal melebihi dua juta pelancong buat kali pertama pada 2023 iaitu 2,320,600 ketibaan antarabangsa, meningkat 12% daripada bulan Jun 2023.

Bandar Kyoto vs. Osaka: Mana Lebih Berbaloi untuk Percutian di Jepun?

Data Ketibaan Pelancong Malaysia

via Japan Tourism

Sementara itu, anggaran awal JNTO bagi ketibaan pelancong Malaysia ke Jepun pada Julai ialah 17,400, iaitu 24.2% lebih rendah berbanding dengan Julai 2019 yang mencatatkan 22,957 ketibaan.

Jumlah ketibaan bulanan dari Malaysia pada tahun ini setakat S2 juga telah diumumkan seperti dibawah:

BulanBilangan ketibaan pelancong Malaysia
Januari 202327,099
Februari 202331,992
Mac 202338,904
April 202340,244
Mei 202334,004
Jun 202322,000*
Jumlah Januari-Jun 2023194,243
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Japanjepun
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara