Setelah lama menanti, Coway akhirnya berjaya mengadakan larian tahunan yang dinanti-nantikan pada 10 September 2023 yang lalu di Dataran Merdeka. Lebih 10,000 orang peserta dari pelbagai peringkat usia menyertai acara ini dengan penuh meriah.
Bertemakan “Enter Our World”, Coway Run 2023 akan membawakan pengalaman yang unik kepada semua peserta. Kami di MURAI MY berpeluang menyertai larian mesra keluarga (Fun Run) 5km yang bermula pada jam 6.45 pagi dengan menampilkan lima halangan bertema di mana para peserta akan berlari merentasi elemen produk Coway seperti air, angin dan banyak lagi.
Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi perlepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.
Buat pertama kalinya, kami memperkenalkan kategori separuh maraton sejauh 21KM untuk pelari yang ingin bersaing dalam kategori larian yang lebih mencabar. Kami difahamkan tiket 21km (Half Marathon) Coway Run 2023 berjaya terjual dalam tempoh pelancaran 24 jam sahaja. Untuk 21 km, peserta mula berlari pada jam 4.30 pagi diikuti larian 10km pada jam 6.15 pagi.
Dalam acara yang sama, peserta turut berpeluang untuk menyertai sesi interaktif eksklusif dengan selebriti-selebriti seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Fattah Amin, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Saksikan kemeriahan acara Coway Run 2023 dalam video di bawah.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
“2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik. Pertama, kami sangat teruja kerana dapat menganjurkan Coway Run 2023 di Dataran Merdeka yang ikonik, sebuah mercu tanda yang istimewa bagi semua rakyat Malaysia. Lokasi bersejarah kebanggaan ini pasti dapat membakar semangat dan juga menambahkan keseronokan di acara kami.
Kedua, ialah penambahan kategori larian 21km separuh maraton yang baharu untuk acara Coway Run kami. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.
Sempena ketibaan Hari Malaysia, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan platform yang membina hubungan, memupuk persefahaman dan meraikan kepelbagaian. Kami mengalu-alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira etnik, agama, umur atau latar belakang, untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti cergas dan menyeronokkan ini. Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” akhiri Choi.
Coway Run 2023 turut menjadi platform untuk para peserta berlari sambil beramal. Run Far, Help Wide – setiap RM10 dari hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Coway untuk menyediakan air minuman bersih kepada komuniti yang memerlukan.
Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.
Para peserta Coway Run 2023 telah mempamerkan semangat kesukanan dan keazaman yang luar biasa. Dalam kategori 21km Lelaki Terbuka Malaysia, M Zalghani Hazman Akmal telah berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 1 jam 16 minit dan 25 saat membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000. Dalam kategori 21km Wanita Terbuka Malaysia pula, Chua Michelle mempamerkan daya tahan yang luar biasa, dan berjaya mengharungi cabaran dalam masa 1 jam 28 minit dan 15 saat sahaja dan memperoleh ganjaran wang tunai RM 1000.
Beralih ke kategori 10km Lelaki Terbuka Malaysia, juara, Nair Daren James telah berjaya melepasi garisan penamat dalam masa 32 minit dan 33 saat memenangi hadiah wang tunai RM 500. Sementara itu, dalam kategori 10km Wanita Terbuka Malaysia, Tan Joline muncul sebagai pemenang, menamatkan larian dalam masa 42 minit dan 39 saat membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.
Coway Run 2023 telah dijayakan dengan sokongan yang tidak ternilai daripada pelbagai penaja dan rakan kongsi Coway yang dihormati. Semua sumbangan produk dan baucar daripada mereka turut menyerikan lagi suasana dan membina motivasi semua peserta bagi menjadikannya satu acara yang pasti tidak akan dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Run 2023, sila layari www.cowayrun.com.my. Ketahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Coway Malaysia di www.coway.com.my.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.