Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Ini Alasan Kenapa Apple Akhirnya Menggunakan USB C Pada iPhone 15

by Phic ARMAN
September 13, 2023
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Apple secara rasmi mengeluarkan barisan iPhone 15 di Apple Event 2023 yang baru saja diadakan awal pagi tadi, Rabu (13/9/2023). Siri iPhone 15 mempunyai komposisi model yang sama seperti pendahulunya.

Model siri iPhone 15 terdiri daripada iPhone 15 “biasa”, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Kesemua model ini membawakan kemas kini spesifikasi yang agak ketara. Salah satu kemas kini dan yang telah ditunggu-tunggu, adalah penggunaan port pengecasan USB Type-C (USB- C atau USB C). Empat model iPhone 15 tidak lagi menggunakan port Lightning.

iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max semuanya kini menggunakan USB C untuk pengecasan dan pemindahan data. Ramai peminat sedang menunggu ketibaan USB C pada iPhone.

USB C sebenarnya telah menjadi port yang biasa digunakan pada telefon pintar hari ini. Banyak telefon pintar Android telah menggunakan model sambungan pengecasan dan pemindahan data ini. Walaupun ia biasa digunakan pada telefon pintar Android, Apple hanya menggunakan USB C pada siri iPhone 15 yang keluar tahun ini, selepas 11 tahun menggunakan Lightning.

Jadi, mengapa Apple akhirnya menggunakan USB C pada iPhone 15?

Menurut NY Times, salah satu alasan iPhone 15 menggunakan USB C mirip telefon pintar Android adalah adanya desakan dari Uni Eropa atau European Union (EU). Pada 2019, Kesatuan Eropah sedang mengusahakan draf peraturan baharu yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkenaan garis panduan untuk peranti elektronik gelombang radio (Radio Equipment Directive).

Draf peraturan baharu berkenaan dengan peraturan mengenai “common charge” atau kewajipan untuk menggunakan USB Type-C pada semua telefon bimbit dan peranti elektronik radio lain yang beredar di negara Eropah, sebagai usaha untuk mengurangkan sisa elektronik.

Apabila diminta pendapat oleh EU, Apple menolak kewajipan untuk menggunakan USB C kerana ia dianggap menghalang inovasi dan berpotensi meningkatkan sisa elektronik akibat aksesori Lightning yang telah diedarkan secara meluas dan menjadi tidak digunakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
AppleiPhone 15
https://lomp.at/yi0fb
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem