Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Niat Mahu Pantau Anak Khuatiri Isu Dera, Neelofa Kecewa Sekolah Bilal Tak Benar Ibu Bapa Akses CCTV

by Puteri Alia
September 13, 2023
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Ibu bapa di negara China sekarang boleh memantau anak-anak mereka di dalam kelas dan firma yang menawarkan perkhidmatan terbaru ini bernama Shuidi Zhibo.

Ibu bapa cuma perlu log masuk ke dalam sistem tersebut untuk melihat segala perbuatan anak mereka dalam bilik dariah melalui siaran secara langsung.

Perkhidmatan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizens di negara China. Ramai yang mengkritik program itu dan menegaskan bahawa pemantauan secara “live streaming” itu sebenarnya pelanggaran privasi pelajar.

Mengikut laporan The Paper melalui Daily Mail, Shuidi Zhibo sudah pun menyediakan beratus-ratus saluran live dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

Di sesetengah sekolah, pemantauan CCTV ini meliputi koridor sekolah dan kantin, malah sehingga ke asrama murid-murid.

Berbahas soal ini, Neelofa meluahkan kekecewaan apabila prasekolah yang dipilih buat anak sulungnya, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.

“Memandangkan minggu depan Bilal akan memulakan prasekolah, saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV di prasekolah tetapi tidak dibenarkan.

“Bukan apa, kawan saya berkongsikan dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa saja,” tulisnya di media sosial.

Menerusi perkongsian sama, Neelofa turut menyelitkan artikel yang mewajibkan CCTV di prasekolah menjelang tahun 2024 atas alasan yang berasas.

Perkongsian Neelofa itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang mana ada yang bersetuju dan ada yang menyarankan kepada usahawan sensasi itu untuk menggunakan khidmat ‘private tutor’.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Neelofa Akui Jadi ‘Gedik’ Ketika Berdoa, Kongsi Kekuatan Doa Yang Mengubah Hidupnya!
neelofa
https://lomp.at/jhucr
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem