Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Terubat Rindu Bila Tokti Nyanyi Lagu Genre Begitu!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di laman media sosial tiktok milik @cik_cn yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 120 ribu, hampir 5 ribu tanda suka dan komen sebanyak 1 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti memenuhi permintaan peminatnya yang menyuruhnya supaya menyanyikan lagu Percayalah menggunakan versi tradisional.
@tzas_network_solution Tu diaa… Tokti kata secara spontan…. tapi suara still sedap ye guyss😍✨✨ #sitinurhaliza #siti #tokti #malaysia #fyp #fypシ
Rata-rata peminatnya komen bahawa mereka teruja apabila Tokti menyanyikan dengan menggunakan genre sedemikian. Mereka juga mengatakan bahawa mereka ingin Tokti untuk menyanyikan penuh lagu tersebut dalam genre tradisional kerana terlalu sedap untuk didengari.
“Lenggok tu alahaiii merdunyaa”-kata mereka
“Ya Allah sedapnya, tak payah muzik lagi sedap. Tokti memang tak perlu muzik pun”-ujar mereka
“Lagu ni masa aku masih sekolah rendah dulu dulu. Kami mahukan versi penuh lagu ini”-tambah mereka
Apa-apa pun, Tokti sememangnya seorang penyanyi yang versatile yang boleh menyanyikan apa jua jenis lagu dan genre. Semoga kita semua peroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.