Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Jom!!! Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini!

by Aphit J.
September 23, 2023
Share on Facebook

Selepas mendapat sambutan yang hangat pada tahun lepas, Astro kini kembali menjelajah bersama Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 bermula Oktober ini.

Menyahut Permintaan Peminat

Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat kali kedua bersama-sama dengan warga Johor Bahru.

Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal membawa gelagat-gelagat mereka dalam variasi sketsa dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk meluangkan masa bersama para peminat serta sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.

Berlangsung Selama 2 Hari

via Alam Sari

Sepahtu Reunion Live Tour 2023 akan berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober, membawa pelbagai sketsa dan lakonan spontan tetapi padat dengan pengajaran berdasarkan isu-isu semasa.

Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat, bermula pada pukul 8.00 malam.

Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru boleh mendapatkan tiket di https://t2u.asia/e/32538 dengan harga RM250 (Zone 1), RM100(Zone 2), RM100 (Zone 3), RM80 (Zone 4) dan RM40 (Zone 5).

Bagi pembelian tiket di Zone 1, mereka akan mendapat hadiah eksklusif Sepahtu Reunion Live Tour iaitu Payung Ekslusif dan woven bag.

Eksklusif Untuk Pelanggan ASTRO

via Alam Sari

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh melanggan masuk menerusi aplikasi My Astro untuk menebus tiket secara percuma. Tiket adalah terhad kepada 5 tiket bagi setiap akaun.

Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 akan menjelajah ke Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober ini di Stadium Tertutup Arena Larkin, jam 8.00 malam.

Persembahan penjelajahan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan masa yang sama. Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sepahtu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  4. 4

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara