Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Dulu Tular Tunjuk ‘Jari Tengah’, Rupanya Masih Aktif! Orang Ramai Tangkap Wanita Arab Di KLCC

by Phic ARMAN
September 25, 2023
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada awal bulan yang lalu, wanita warga asing yang sering berlegar-legar di KLCC ini pernah tular di media sosial. Wanita yang dipercayai dari timur tengah itu sememangnya sering dilihat di sekitar KLCC dengan meminta sedekah dari orang awam.

Namun netizen tidak dapat menerima sikap biadabnya jika ada yang menolak untuk memberikan wang. Dalam video  yang tular wanita itu dilihat berang dan mengangkat jari tengah kepada warga kota yang merakamkan perbuatannya itu.

Selepas video itu viral, ramai yang beranggapan wanita itu tidak lagi menjalankan aktiviti ‘kotor’ nya itu. Namun terkini, wanita itu yang sering menagih simpati dengan membawa bayi ternyata masih aktif. Orang ramai akhirnya berjaya menangkap wanita itu bersama lelaki yang dipercayai suaminya di sekitar KLCC.

Dalam video yang dikongsikan oleh MYNEWSHUB di laman twitter, orang ramai telah mengepung mereka dan mahu serahkankan kepada pihak berkuasa.

Ingatkan lepas viral tu dah hilang….ada lagi rupanya pic.twitter.com/lM6RGTYPJ5

— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 23, 2023

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsikan pengalaman dengan aktiviti pasangan berkenaan.  Mereka meminta sedekah dengan cara memaksa orang ramai di sekitar kawasan terbabit.

“Aku nampak diorang ni hari hari kat area klcc. Tiap hari mintak sedekah kat aku. TIAP HARI. Bila tak bagi dia akan jeling. Modal dia tu la, bawak baby. Kadang husband dia sorang je buat kerja tu. Sampai aku terpikir nak call polis sbb hari hari sangat dah.”- tulis netizen.

Malah ada yang rakyat Malaysia tidak memberi muka kepada golongan-golongan selepas ini.

“Nak buat camne.. ramai sangat baik hati tak bertempat”- tulis netizen

“Harap dapat hantar ke depot pastu deported je..banyak2 warga asing ni payah..mengemis bole lg ni sampai tahap x bagi duit dia maki plak kita, eloklah hantar balik je”- tulis netizen lain.

“Kita terlalu obses nak pegang title “Rakyat Negara Peramah” sampai lupa rakyat negara luar ramai jenis suka ambil kesempatan hospitaliti kita dan pijak kepala. Biar peramah tapi tegas. Jangan bagi muka. Sedangkan rakyat negara kita sendiri pun ramai penipu, lagikan yang luar.”

Dari video yang viral ini, belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Wanita arab
https://lomp.at/uazsk
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem