Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau lebih dikenali dengan nama Daiyan Trisha, merupakan seorang yang berbakat besar dalam industri seni tanah air. Dia juga merupakan seorang pelakon, penyanyi, pencipta lagu, penulis buku dan model serta pengacara di Malaysia. Drama terdahuunya yang memberi kesan hebat buat rakyat Malaysia adalah drama projek: High council.
Daiyan Trisha kini kelihatan sibuk berkunjung ke pelbagai negara bagi menghadiri pertunjukkan fesyen yang diadakan. Ada juga beebrapa tempat pertunjukkan fesyen yang menghimpunkan artis-artis ternama dari negara masing-masing seperti IU dari Korea Selatan dan lain-lain.
Lawanya Daiyan Trisha Dah Macam Puteri Sebenar!
Terdahulu, tular stau video di laman media sosial tiktok milik Daiyan Trisha yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 548 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan hampir 7 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Daiysan Trisha sedang menunggang kuda sambil memakai baju ala-ala puteri hang lipur serta menyerlahkan lagi kecantikkannya.
@daiyantrisha22 3 days to the release of my book Tulisan by Daiyan Trisha ♡
Rata-rata netizen tergamam melihat Daiyan Trisha berpakaian begitu kerana mereka mengatakan terlalu cantik seperti Barbie dan puteri dalam filem fairytales.
“Please producer Malaysia buat cerita ala ala disney version Malay”
“Tolong laa keluar fairy tale story Malaysia”
“OMG BEBETUL MACAM PRINCESS”
“Lawa Daiyan look real princess tiba2 anak raja masuk meminang, ready tau Daiyan”-kata mereka
Apa-apa pun, sekiranya penerbit di Malaysia ingin membuat cerita ala-ala fairytales pastinya Daiyan adalah calon pelakon yang terbaik bagi watak berkenaan.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.