Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

[VIDEO] TOP VIRAL FOOD FESTIVAL Di Sunway Putra Mall Himpunkan Vendor-Vendor Makanan Viral

by Phic ARMAN
September 29, 2023
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru sahaja seminggu lepas heboh Nasi Kandaq Fest kena serbu di Sunway Putra Mall,  kini satu lagi acara dianjurkan oleh FriedChillies dan Sunway Putra Mall. Dengan bertema ‘makanan viral’, TOP VIRAL FOOD FESTIVAL  berlangsung selama 3 hari mulai hari ini.

Kali ini mereka mengabungkan pelbagai makanan viral di media sosial dari brisket yang lembut ke donut-pizza yang mengiurkan.

“Sejak kebelakangan ini, memang tak boleh dinafikan yang pelbagai makanan yang inovatif telah dihasilkan dan dijual melalui media sosial- pandemik ini telah memberi orang masa untuk berkarya dan juga mencari rezeki alternatif untuk menampung hidup,” kata Adly Rizal, CEO FriedChillies.

“Kami jangka pengunjung acara ini adalah dari golongan muda dan juga yang berkeluarga kerana selain dari makanan yang hebat-hebat kami juga ada merancang aktiviti-aktiviti yang pasti akan menghiburkan semua.”- tambah Adly lagi.

Pada hari-hari acara, akan ada buskers dan juga pertandingan makan Man Vs. Food. Satu Pertandingan Cosplay Pose akan berlangsung dan lebih kurang 500-1000 peminat cosplay dijangka akan datang untuk bertanding dan menonton. Panel juri pertandingan ini terdiri daripada cosplayer-cosplayer lejen seperti Mr. Azamcos (The Ultimate Cosplayer), Mr. Din (LoL Cosplay) dan Mr. Adam John.

Vendor-vendor yang akan berada di Top Viral Food Festival ini terdiri daripada pengusaha F&B yang sedang hangat di media sosial dan diminati penggemar makanan dan mereka yang selalu memantau trend terkini.

Bayangkan kesemua vendor ini di bawah satu bumbung, pengunjung hanya perlu datang ke satu tempat sahaja dan menikmati semua juadah yang tersedia dengan cara santai. Antara nama-nama yang pasti orang akan kenali adalah Beard Brothers BBQ, TanjakCrew, Suka Dessert dan Donut Viral Opah yang seringkali jadi sebutan ramai sejak tahun 2021.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Kami sungguh teruja atas sambutan Nasi Kandaq Fest minggu lepas. Memang acara makanan seperti ini sesuatu yang menyatukan semua penduduk Malaysia tak kira bangsa atau agama, tua atau muda,”

“Kami harap acara-acara seperti ini akan terus bertempat di Sunway Putra Mall dimana tak kira panas atau hujan, semua orang boleh menikmatinya dengan selesa di mall kami. Ini memang selari dengan visi kami yang mall bukan sahaja untuk membeli-belah tapi juga tempat di mana komuniti boleh berkumpul untuk bersosial dan mengeratkan silaturahim,”- ujar Tan Ai Vee, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall.

Adly Rizal, CEO FriedChillies bersama Tan Ai Vee, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall

Tambah Adly lagi, dia mengharapkan acara Top Viral Food Fest lebih meriah seiring dengan sambutan yang diterima untuk Nasi Kandaq Fest padda minggu lepas.

“Sunway Putra Mall memang sesuai dengan kami kerana mereka betul-betul sayangkan ruang mereka dan lokasi ini cukup dengan berbagai stesen perkhidmatan awam yang berhampiran dan juga mudah untuk servis e-hailing. Suasana sewaktu acara nasi kandaq sangat meriah kerana kita boleh rasa ‘vibe’ ibukota sambil menikmati juadah yang sedap-sedap. Kami harapkan suasana yang sama untuk Top Viral Food Fest,” tambah Adly.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

sunway putra mallTop Viral Food Festival
https://lomp.at/afnsn
Share7Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem