Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rumah Tangga Mawi Difitnah, Netizen Tegur Cara Ryzal Ibrahim Beri Komen – “Saman Kak. Masa Ni La Nak Buat Duit”

by Aphit J.
September 30, 2023
117
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini tular hantaran berita fitnah bertajuk ‘Saya dah tak sanggup menangis lagi! Setelah 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga dengan Mawi. Tak sangka…’ di Facebook.

Mawi Tolak Dakwaan Rumah Tangga Bermasalah

via Instagram Mawi

Hantaran itu turut memaparkan wajah Mawi dan Ekin dengan raut wajah sedang marah dan kecewa sebagai menyakinkan pembaca untuk menekan pautan disediakan.

Dalam pada itu, penyanyi dan penyampai radio, Mawi menolak dakwaan rumah tangganya dengan isteri iaitu Ekin Rahmat sedang bergolak selepas beberapa hantaran mengenai perkara itu tular di laman sosial Facebook.

Mawi sebaliknya menegaskan hubungannya dengan Ekin berada dalam keadaan baik dan apa diperkatakan tentang rumah tangga mereka adalah fitnah.

Menegur Cara Peniaga

via Instagram Mawi

Menurut Mawi, dia dimaklumkan mengenai gosip berkaitan rumah tangganya menerusi kenalan memandangkan
dia kurang aktif di Facebook.

Mawi juga turut menegur peniaga yang menggunakan cara sedemikian bagi mengiklankan produk mereka kerana ia jelas memburukkan nama orang lain.

Malah katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut memandangkan ia menjejaskan nama baiknya dan Ekin.

Ryzal Ibrahim Beri Komen

Menjenguh keruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat-peminat Ekin dan Mawi berasa kesal dengan berita fitnah yang tersebar di media sosial tersebut.

Salah seorang pempengaruh yang turut memberikan komen adalah Ryzal Ibrahim.

Saman kak, masa ni la nak buat duit.

Dalam komen tersebut, Ryzal seolah-olah meminta Ekin untuk meneruskan proses saman kepada pemilik akaun tersebut kerana beranggapan pada ketika inilah peluang untuk Ekin dan Mawi untuk membuat duit.

Cara Komen Tidak Bersesuaian

via Instagram Ekinmawi

Komen tersebut telah mendapat perhatian netizen. Melihat diruangan balas, pengguna Instagram ini menegur cara Ryzal memberikan komen yang dilihat tidak bersesuaian dengan situasi.

sorry bro . ingat kelakar ke comment mcm ni ? ada family kan ? ada wife kan ? common sense letak kat mna ? hati2 k . sebab comment mcm ni boleh trigger mental orang. peringatan untuk diri saya jugak .

Tambah pemilik akaun tersebut, komen seperti tersebut sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu terkesan dan menyatakan komen seperti ini bukanlah satu komen yang sepatutnya menjadi bahan gurauan.

Status Konsert Jadi Tanda Tanya, Mawi Pilih Untuk Diam Diri
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Ekin MawimawiRyzal Ibrahim
https://lomp.at/8vkqf
Share47Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem