Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kongsi Mizz Nina, Kalau Tengah Sedih & Stress Cuba Amal Doa Ini… InshaAllah Mujarab!

by Soph Azz
October 2, 2023
Foto - @officialmizznina (IG)

Foto - @officialmizznina (IG)

Share on Facebook

Percayalah, tiada seorang pun manusia yang terlepas daripada mempunyai rasa sedih atau stress dalam kehidupannya. Nasihat Miss Murai; jika kamu ada merasai perasaan tersebut dalam hidup, jangan pula kamu biarkan ia menguasai diri dalam tempoh yang lama.

Mungkin ada yang tak tahu, apabila kita membiarkan rasa sedih atau stress ‘bertapak’ lama dalam diri, ia akan beri kesan buruk pada fizikal dan mental.

Jadi untuk elakkan perkara tersebut berlaku, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu satu doa yang pernah diamalkan oleh Mizz Nina. Katanya, kalau rajin amalkan doa ini, inshaAllah ia boleh ‘menghilangkan’ rasa sedih dan stress dalam diri kita.

View this post on Instagram

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Pernah dimuat naik di Instagram, Mizz Nina mendedahkan yang doa ini dikongsikan oleh salah seorang guru agamanya. Katanya doa tersebut sangat berguna dan berkuasa untuk sesiapa yang sedang alami kesedihan dan juga tertekan.

اَللّٰهُمَّ إِنِّىْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil, dari dibebani hutang dan dikuasai oleh manusia.”

[Sahih al-Bukhari: 6369]

Saranan Miss Murai, jika kamu berasa sedih atau stress, cuba amalkan doa ini sebaik-baiknya selepas solat. InshaAllah mujarab dan boleh tenangkan diri kamu. Selamat beramal~

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara hilangkan sedihcara hilangkan stressdoa sedihdoa stressmizz nina
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara