Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Berjaya Pulih Daripada Kanser Payudara, Marshanda Mahu Rai Perjuangan Dengan Tonton Konsert Taylor Swift

by Puteri Alia
October 4, 2023
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Marshanda dengan gembiranya mengakui, perjuangannya melawan kanser kini selesai. Dia kini sepenuhnya pulih daripada kanser payudara.

Penyakit yang dihadapi hampir dua tahun itu sebelum ini memasuki tahap empat, malah dianggap sebagai keajaiban jika dapat kembali sihat.

Begitupun, kata pelakon berusia 34 tahun itu, bukan sekadar rawatan moden, dia turut mendapatkan perubatan alternatif selepas menjalani pembedahan.

Usai pembedahan kali pertama, doktor memaklumkan wujud lagi sel kanser yang lebih ganas, tetapi seminggu lalu selepas pemeriksaan semula, sel tersebut sudah hilang.

Biarpun perlu menjalani pemeriksaan berkala, ibu kepada seorang puteri ini bersyukur dengan keajaiban kurniaan Tuhan.

Demi meraikan kesihatan dan memenuhi permintaan anak tunggalnya, Sienna Kasyafani, Marshanda sudah bersedia untuk menempah tiket menonton konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac 2024.

Terdahulu, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik selain meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah itu.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Menerusi video tersebut juga, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu ada meninggalkan
pesanan buat anak perempuannya, Sienna Kasyafani, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

Selain itu, dia turut meminta Sienna untuk mendengarkan lagu yang ditulisnya buat puteri kesayangannya itu.

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Sekadar informasi, Marshanda terdahulu berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Marshanda
https://lomp.at/t6sfh
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem