Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Disangka Pakai Rambut Palsu Untuk Menutup Kepala Botak Akibat Sakit, Zizan Nin Tampil Akui Ianya Sekadar Suka-Suka Sahaja

by Puteri Alia
October 6, 2023
320
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan pelakon Zizan Nin, yang dilihat kerap memakai rambut palsu apabila hadir ke mana-mana acara menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut media sosial.

Ada yang beranggapan Zizan yang memulakan karier lakonan pada 2000, mahu menutup kepala yang botak akibat sakit.

Bagaimanapun, sebaik diajukan persoalan itu kepadanya, Zizan mengaku tidak mempunyai tujuan khusus memakai rambut palsu, sebaliknya, sekadar suka-suka.

“Alhamdulillah, saya masih sihat dan tiada penyakit kronik. Selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama, saya botakkan kepala dan tunaikan umrah.

“Ketika itu, saya pilih untuk botak sebab panas. Saya mula selesa dengan imej ini. Tetapi, kadang-kadang, saya suka pakai rambut palsu dan tidak sorokkan apa-apa,” katanya.

Zizan yang juga penerima trofi Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 ini memberitahu, dia banyak bersenam selepas dinasihati doktor berikutan tahap kolesterol tinggi.

“Syukur saya tidak ada masalah kesihatan lain meskipun usia meningkat. Cuma daripada pemeriksaan doktor, tahap kolestrol agak tinggi.

“Saya selalu bersenam dan amalkan diet. Berat badan pun sudah mula turun. Kalau dahulu 72 kilogram (kg), tetapi kira-kira 62 kg.

“Peminat yang mengikuti akaun media sosial saya juga nampak saya selalu membuat perkongsian aktiviti sukan seperti berjoging dan mendaki,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
3
+1
0
+1
1
+1
1
zizan nin
https://lomp.at/xxlnk
Share128Tweet80SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem