Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lebih Selesa Untuk Tidak Saling Mengikuti Dalam Instagram, Janna Nick Dan Dini Mahu Elak Pandangan “Evil Eyes”

by Puteri Alia
October 10, 2023
Share on Facebook

Macam-macam cerita suka duka dalam hubungan suami isteri yang perlu ditempuhi setiap pasangan.

Salah satu daripadanya adalah cerita tentang manusia yang iri hati dan tidak senang dengan kebahagian orang lain, lalu melemparkan pandangan yang penuh hasad dengki menyebabkan merekaterkena penyakit ain.

Salah satu sebab kenapa kita tak digalakkan untuk menunjuk-nunjuk adalah kerana wujudnya penyakit ‘Ain.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann meluahkan bahawa mereka tidak lagi gemar terlalu berkongsi kemesraan dalam media sosial demi mengelakkan penyakit ain dan mata-mata jahat.

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Janna berkata, video mesra bersama suaminya di Instagram (IG) atas tujuan bekerja semata-mata, tiada niat menyakiti mana-mana pihak.

“Yang mana korang tengok video ‘sweet’ itu semua video berbayar. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya tak nak kongsi sebab takut dengan ‘evil eyes’.

“Takut nak tunjukkan benda yang terlalu ‘sweet’, tapi itu permintaan pelanggan, jadi kena tunaikan.

“Ikutkan saya tak nak kongsi dan mengikuti Dini pun dalam IG,” ujarnya.

Demi mengelakkan sebarang kontroversi pada masa hadapan, Janna menjelaskan, dari awal mereka tidak mahu mengikuti satu sama lain dalam IG.

“Nak elakkan perkara macam itulah, jadi lebih baik kami tak mengikuti masing-masing daripada sekarang.

“Daripada nanti orang pertikaikan kenapa dulu ‘follow’, sekarang tak, jadi awal-awal saya bagi tahu memang tak mengikuti suami dalam IG,” katanya.

Bintang drama rantaian Cik PA Tuan Ash itu tidak menafikan rumah tangga mereka juga menerima pelbagai ujian seperti manusia biasa, cuma tidak dikongsikan.

“Saya memang tak ada niat apa-apa, kalau boleh nak elakkan. Bila muatnaik terlalu banyak video dan gambar berdua, kalau boleh nak elak penyakit ain.

“Kalau tengok kandungan dimuatnaik itu ‘it is not the real us’. Dari segi ‘clingy’, itu iya kami berdua tapi nak kata happy sangat-sangat tak lah.

“Dalam rumah tangga ada pasang surut, jadi apa yang kami kongsi itu janganlah dengki.

“Kita sama manusia biasa. Ada masa kami bergaduh, tak bercakap cuma tak rekodlah,” tambahnya lagi.

Janna dan Dini sah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu dalam satu majlis berlangsung di Langkawi yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”
Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/i1syj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara