Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Biar Betul! IKEA Malaysia Tawarkan Pelanggan Bermalam Dalam Gedung

by Phic ARMAN
October 12, 2023
Share on Facebook

IKEA Malaysia memberikan peluang ekslusif kepada beberapa orang yang bertuah untuk bermalam secara sah di gedung IKEA pada oktober ini! IKEA Sleepover hanya terbuka untuk ahli IKEA Family, dan akan berlangsung secara serentak di gedung-gedung IKEA di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan pada 19 Oktober 2023.

IKEA Sleepover bertujuan dijadikan wadah untuk menyemai kepentingan tidur berkualiti terhadap kehidupan yang sihat dan bahagia, melalui cara yang kreatif dan berasaskan pengalaman sebenar. Dengan membuka pintu kepada pelanggan dan membolehkan mereka mengalami penyelesaian bilik tidur IKEA secara langsung.

Menerusi acara ini, beberapa ahli IKEA Family yang bertuah bukan sahaja berpeluang tidur di bawah selimut IKEA yang selesa, tetapi juga menikmati pelbagai aktiviti, persembahan, dan bengkel yang bertemakan waktu malam.

Di samping itu, setiap gedung IKEA akan menganjurkan satu acara unik untuk para peserta, sama ada beramah mesra dengan selebriti tempatan yang popular dalam rancangan temu bual, menyaksikan rakaman audio siar, persembahan seni pasir, dan sebagainya.

Bagi membuka tirai IKEA Sleepover, persembahan pembukaan akan diadakan di setiap gedung IKEA. Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai sambutan praacara yang menampilkan persembahan pemuzik tempatan, seperti Alena Murang di IKEA Damansara, The Venopian Solitude di IKEA Cheras, Babychair di IKEA Tebrau pada hari yang sama mulai jam 8:30 malam, dan Capt’n Trips and The Kid di IKEA Batu Kawan pada jam 9.30 malam.

Topik Berkaitan IKEA Malaysia Ukir Banyak Kenangan Bersama Rakyat Malaysia Sepanjang 30 Tahun

Praacara tersebut terbuka kepada orang ramai, jadi jangan lupa untuk singgah ke gedung IKEA setempat anda pada 19 Oktober ini!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
1
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
IKEA malaysia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  4. 4

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara