Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pernah Membesar Dalam Keluarga Yang Bercerai-Berai, Janna Nick Akui Faham Situasi Shila Amzah

by Puteri Alia
October 16, 2023
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Janna Nick mengakui memahami konflik dalaman antara Shila Amzah dan adik beradiknya memandangkan dia turut datang daripada keluarga yang bercerai berai.

Kata pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu, tanggungjawab digalas anak sulung bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Begitupun, aktres berusia 28 tahun itu tidak pernah mengharapkan sebarang balasan sebaliknya percaya dalam setiap rezeki, terselit bahagian orang lain.

“Tidak dinafikan, tanggungjawab sebagai anak sulung itu memang besar tapi kita kena fikir keberkatan di sebaliknya dan tidak boleh mengharapkan orang lain membalas jasa kita.

“Punca rezeki kita itu mungkin sebenarnya datang daripada kita membantu ahli keluarga, tak kisahlah orang itu buat jahat atau layan kita tak baik.

“Selagi rezeki kita tak putus selagi itulah kita cuba berbagi, boleh jadi kita ini hanya sekadar pengantara atau orang tengah kepada rezeki itu,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berpendapat masalah keluarga tidak patut dicanang menerusi platform media sosial sebaliknya perlu duduk semeja dan menyelesaikannya secara baik-baik tanpa campur tangan pihak luar.

Malah katanya, mungkin masih ada individu tidak sedar hal buruk disebarkan dalam sosial media boleh menjejaskan pendapatan artis atau personaliti umum.

“Sebagai figura awam, sebahagian pendapatan datangnya daripada media sosial, kalau ada ahli keluarga mencemarkan nama baik kita, itu maknanya dia memang mempunyai niat tidak baik.

“Walaupun sekadar ingin menjelaskan keadaan, media sosial bukan tempat yang betul. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi pendapat secara umum.

“Malah saya sendiri berharap jika perkara sebegini berlaku (kepada keluarga sendiri), harapnya tidak menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan,” jelasnya panjang lebar.

Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas adik bongsunya, Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

Janna Nick Akui Menangis Setiap Kali Datang Bulan, Dedah Gagal IVF & Kini Fokus 100% Untuk Hamil

Rentetan itu, Shila membuat balasan dalam sesi siaran langsung dalam Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta pengenalan diri sehingga berumur 28 tahun.

Pelantun Memori Tercipta itu turut memperincikan hal menjual rumah serta sikap Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka, Fauziah Sarman pula tampil yang menghangatkan lagi konflik terbuka keluarga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
janna nickshila amzah
https://lomp.at/wp40r
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem