Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Bercerai Hanya Kurang ‘Post’ Gambar Romantis, Hisyam Hamid Akui Dirinya Masih Bergelar Laki Orang

by Puteri Alia
October 18, 2023
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Hisyam Hamid, menafikan khabar angin kononnya dia dan isteri, Rosmawati Hanafi sudah bercerai hanya kerana jarang memuat naik gambar bersama di media sosial.

Menurut Hisyam, 38, dia enggan berkongsi kehidupan peribadi di media sosial bagi menjaga dan menghormati privasi keluarga.

“Tiap-tiap bulan ada artikel pasal isu ini tentang saya dan isteri.

“Saya masih lagi suami orang. Macam saya cakap, sudah kurang sikit kongsi benda-benda peribadi.

“Bahkan dengan anak-anak pun saya akan kongsi sekali sekala, seperti aktiviti kami masak bersama baru-baru ini,” katanya.

Hisyam ditemui Utusan Malaysia di sidang media junket drama bersiri, That Cover Girl, semalam.

Pelakon kelahiran Singapura itu sangat memilih apa yang ingin dikongsikan. Buat masa ini, Hisyam selesa untuk berkongsi hantaran berkenaan perkembangan karier.

Hisyam turut mengakui pernah beberapa kali tidak membuka media sosial sebaliknya menghabiskan masa dengan kenalan di dunia nyata.

“Bagaimanapun media sosial juga kena diselenggara sebab klien akan tengok sebelum tawarkan kerja.

“Saya beberapa kali juga tidak buka media sosial atau tidak muat naik apa-apa hantaran selama beberapa hari.

“Itupun sudah ada yang mesej bertanya mengapa tiada sebarang khabar,” jelasnya.

Sebelum ini timbul khabar angin rumah tangga Hisyam sedang bergolak memandangkan pelakon itu tidak lagi memuat naik sebarang momen manis bersama isterinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fasih Berbahasa Melayu Kerana Lakonan "Crush"! Leona Dedah 4 Selebriti "Crush" Sejak Zaman Sekolah
Hisyam Hamid
https://lomp.at/plrjl
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem