Anugerah muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada bulan depan telah disahkan dibatalkan.

Ujar MTV dalam satu kenyataan, ketidaktentuan situasi tersebut menyebabkan perayaan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Katannya lagi, perang di Gaza dan Israel telah menyebabkan ribuan nyawa terkoban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.
Bakal Berlangsung November 2024

Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.
Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.
Taylor Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya “Anti-Hero.”
Calon lain yang turut tercalon termasuk Jung Kook, ahli bintang K-Pop BTS yang juga akan membuat persembahan di acara itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.