Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

GAZELLE ACTIVATION Mengekalkan Semangat KIPID100 Dengan Imej Segar Untuk 100PLUS

Gazelle Activation daripada Shopper360 telah memperkenalkan sebuah idea yang telah memikat hati 100PLUS

by Phic ARMAN
October 23, 2023
Share on Facebook

100PLUS yang selama ini dikenali sebagai minuman khusus bagi sukan serta musim perayaan Tahun Baru Cina mengambil langkah berani untuk mengalih imej kearah yang lebih gempak dan serasi dengan gaya hidup setiap lapisan masyarakat dalam Malayia!

Leong Wai Yin selaku Pengarah Pemasaran F&N menyatakan;

“Tujuan utama kami adalah untuk mengubah persepi masyarakat yang lali dengan imej 100PLUS seakan ianya hanya boleh dinikmati sewaktu bersukan (dan musim perayaan Tahun Baru Cina) sedangkan 100PLUS patut dan boleh dinikmakti setiap masa. Kumpulan sasaran utama kami untuk kempen ini lebih fokus kepada Generasi muda, iaitu Gen Z!

Gazelle Activation daripada Shopper360 telah memperkenalkan sebuah idea yang telah memikat hati 100PLUS. Kempen yang menyegarkan ini telah dilancarkan pada 1 Oktober 2023 dengan kerjasama 100PLUS dan agensi kreatif baharunya, Gazelle Activation.

Craig Matthew Lee, Pengarah Perniagaan dan Kreatif Kumpulan Gazelle Activation & Shopper360, mendedahkan,

“Setelah kami menyelidik secara menyeluruh, kami mendapati bahawa ramai beralih kepada 100PLUS untuk penghidratan, fokus dan tenaga dalam menjalankan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kami telah merangka frasa yang berupaya memberikan inspirasi, motivasi dan sesuai untuk pemahanan umum bagi semua bahasa. Maka lahirlah ‘KIPID100’. Ditambah pula dengan slogan ‘Sentiasa Onz Bila 100’, ia menggalakkan orang ramai untuk berikan yang terbaik dalam setiap usaha yang telah mereka lakukan dan pada masa yang sama meraikan sekecil-kecil kemenangan.”

Sharon Tan selaku Pengurus Pemasaran 100PLUS, berkongsi bahawa, “Idea ‘KIPID100’ amat menarik minat kami, dan maknanya sejajar dengan hala tuju yang telah kami rancang. Kami juga percaya bahawa slogan ‘Sentiasa Onz Bila 100’ akan dapat memberi impak yang sangat positif dan kesan yang mendalam kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

Kami juga telah melancarkan sebuah TVC (Iklan Komersial Televisyen) dengan kerjasama Graph Studio, Bo Amir Iqram yang juga dikenali sebagai Cuurley dari Nacho Usual Collective, dan penyanyi rap tempatan Sya dan Senna.

Bertemakan kemeriahan, kekuatan dan kesegaran, iklan tersebut telah memaparkan sebuah komersial yang dinamik dan sesuai dengan gaya dan trend Generasi Z!. Gazelle Activation, Shopper360 dan 100PLUS juga telah berkejasama dengan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, pelumba basikal terkenal Malaysia dan Jared Lee, penerbit filem dan penulis kesayangan rakyat Malaysia. Kedua-dua mereka telah memperolehi kejayaan yang membanggakan setelah melalui kepayahan yang perit, selari dengan semangat KIPID100!

YouTube video

Dalam mana-mana usaha baharu, cabaran adalah setanding besar dengan hala tujunya. Walaupun setelah menempuh pelbagai halangan, Gazelle Activation daripada Shopper360 masih gagah meneruskan usaha mereka.

Dzul-Hani, Pengarah Kreatif Rekanan di Gazelle Activation, mendedahkan,

“Di sebalik jadual yang sangat padat dan waktu tidur yang terpaksa dikorbankan, cabaran utama kami adalah melaksanakan kesemua tugas berbekalkan pasukan yang kecil. Namun begitu, saya amat berbangga dengan hasilnya, terutamanya hasil usaha kami yang telah dilancarkan di seluruh Malaysia.

Secara dasarnya, KIPID100 merupakan seruan 100PLUS kepada kesemua rakyat Malaysia: berikan 100% pada setiap masa. Ia merupakan perspektif baharu yang menyegarkan untuk 100PLUS, mengingatkan kami untuk sentiasa berikan segalanya dalam hidup dan kehidupan seharian kami. KIPID100 dan Kekal Sentiasa Onz Bila 100′.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
GAZELLE ACTIVATION
https://lomp.at/uw5x0
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem