Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Air Mata Aina Abdul Gugur Ketika Album Sulung Imaji Dilancarkan, Perjelaskan Makna Tersirat ‘Cover Album’

by Phic ARMAN
October 25, 2023
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Aina Abdul tampil dengan album sulungnya, Imaji yang memuatkan 14 buah lagu itu.  Album yang memakan kos berjumlah RM300,000 itu juga merupakan sahut cabaran Datuk Ramli MS yang menyeru penyanyi generasi zaman kini untuk menghasilkan album.

Di ruangan komen, ramai rakan artis mengucapkan tahniah di atas pelancaran album itu yang diadakan di di Lereng Tanah, Hulu Langat. Antaranya penyanyi Ernie Zakry, Liza Hanim, Anuar Zain dan ramai lagi.

“Congratulations my dear, semoga berjaya with the new album! Definitely will listen to it”- komen Ernie Zakry

“Congratulations Aina!!! All the best”- ucap Liza Hanim

Jika anda lihat, Aina memilih untuk tampil dalam balutan plastik untuk ‘Cover Album’. Tertanya-tanya apakah simbolik di sebalik penampilan Aina ini yang seolah-olah seperti ‘Mumia’. Aina menjelaskan bahawa plastik yang berlapis-lapis yang membaluti tubuhnya menggambarkan isi hatinya yang tidak mudah untuk di lihat.

Lihat video di bawah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ketika sesi pelancaran dan pra dengar Imaji , kelihatan Aina tidak dapat menahan sebak setelah salah sebuah lagu diperdengarkan kepada peminat .

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Saya berharap agar para peminat akan menyukai ‘IMAJI’ seperti mana saya sendiri menyukainya. Semoga album ini dapat membantu untuk mengukuhkan lagi posisi saya sebagai komposer dan penyanyi dalam industri muzik sekaligus menjadi pencetus kepada lebih banyak karya seni di masa akan datang, Insya-Allah.”- katanya.

Berikut beberapa fakta mengenai album  ‘IMAJI’ terbitan Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd.

Sempena Hari Jadi

Tarikh hari jadi Aina Abdul iaitu pada 25 Oktober 2023 telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk melancarkan album ‘IMAJI’ secara digital. Album tersebut boleh dimuat turun menerusi kesemua aplikasi penstriman atas talian seperti iTunes Stores, Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox, YouTube Music dan Deezer.

Penglibatan 4 Penerbit

Bagi menjayakan penerbitan album ‘IMAJI’, Aina Abdul turut berkerjasama dengan empat penerbit prolifik seperti Mac Chew, Jenny Chin, Ezra Kong dan Affan Mazlan.

14 Buah Lagu

Album ‘IMAJI’ turut memuatkan 14 buah trek termasuk lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ (JMRI) yang telah terpilih sebagai lead single untuk album ini. Selain ‘JMRI’, lagu-lagu lain yang turut ditampilkan termasuklah ‘Imaji’, ‘Satu Rasa’, ‘Kamu’, ‘Puas Sudah’, ‘Sesal’, ‘Kejam’, ‘Bilang’, ‘Bukan Untukku’, ‘Sedia Terluka’, ‘Ini Bukan Cinta’, ‘Lost’, ‘Penat Jiwa’ dan ‘Kunci’.

Kolabrasi Dengarang Ezra Kong

Kesemua lagu dalam album ini ditulis sendiri oleh Aina Abdul. Walau bagaimanapun, lagu ‘Ini Bukan Cinta’ menyaksikan kolaborasi di antara Aina Abdul bersama Ezra Kong. Untuk makluman, Aina telah menyerahkan demo lagu tersebut kepada Ezra Kong. Bagi menambah baik lagu tersebut, Ezra kemudiannya telah memasukkan hasil nukilannya untuk bahagian verse lagu tersebut. And the rest, as they say, is history!

Puas Sudah

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Selepas ‘JMRI’, lagu kedua yang akan difokuskan adalah ‘Puas Sudah’. Lagu tersebut sebenarnya telah ditulis oleh Aina pada hujung tahun 2022 yang kemudian dihantar kepada Mac Chew pada sekitar Mac 2023 untuk proses seterusnya iaitu daripada segi producing, arranging dan sebagainya.

Ambil Masa Setahun

Keseluruhan proses pembikinan album ‘IMAJI’ mengambil masa kira-kira setahun untuk disempurnakan. Sepanjang proses penerbitan album ini, Aina Abdul banyak mendapat inspirasi daripada penyanyi-penyanyi tersohor seperti Lara Fabian, Michael Bublé dan Nina Simone.

Inspirasi

Aina Abdul sememangnya sinonim dengan lagu-lagu yang berkonsepkan balada. Bagi memberi lebih warna, lagu-lagu balada yang dimuatkan dalam album ‘IMAJI’ turut diinspirasi daripada bunyian daripada Korean Ballad, Indonesian Ballad dan European Ballad.

Pemilihan judul ‘IMAJI’ sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menterjemahkan seribu satu rasa bagi kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini dilihat cukup tepat dan sempurna kerana setiap lagu mempunyai kisah dan emosi yang ingin disampaikan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Saya Juga Perlu Korbankan Sesuatu" - Aina Abdul Dedah Penglibatan AJL40 Akan Datang
aina abdul
https://lomp.at/eky68
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem