Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Bayi Ajaib Terselamat Dari Jasad Ibu Yang Maut Dibom Rejim Israel, Digelar Sebagai ‘Son of Maryam al-Harsh’

by Puteri Alia
October 25, 2023
Share on Facebook

Seorang bayi pramatang berjaya diselamatkan dalam perut ibunya yang meninggal dunia dalam serangan udara tentera Israel di rumah mereka baru-baru ini, lapor Al-Jazeera.

Memetik sebuah laman portal berita, bayi lelaki berkenaan sudah berusia 10 hari dan telah ditempatkan dalam inkubator unit rawatan rapi neonatal Hospital al-Shifa dengan seutas tag berwarna merah jambu diletakkan di kakinya.

Bayi yang diberi gelaran ‘Son of Maryam al-Harsh’ dilaporkan stabil dan kini dipantau rapi oleh doktor di hospital tersebut.

Pada 13 Oktober lalu, pihak hospital menerima panggilan dari Hospital Kamal Adwan di Gaza utara mengenai seorang wanita mengandung cedera parah dan sedang nazak selepas rumah mereka dibom.

“Berlaku serangan udara di rumah mereka, seluruh keluarga terdiri 10 orang termasuk ayah bayi ini telah meninggal dunia,” kata Ketua Unit Neonatal Hospital al-Shifa, Dr Nasser Bulbul.

Tambahnya, ketika kejadian, pasukannya melakukan pembedahan caesarean terhadap ibu hamil berusia 32 minggu sebelum berjaya menarik keluar dari perut ibunya.

Kemudian, bayi yang dikesan mempunyai denyutan lemah dipindahkan ke hospital itu dan diberi bantuan pernafasan bersama 54 bayi pramatang lain.

“Dia semakin pulih dan kami sudah mengeluarkannya daripada bantuan pernafasan mekanikal selepas enam hari dan tiga hari selepas itu dia dikesan mengalami kecederaan otak akibat gangguan aliran darah semasa dilahirkan selepas kematian ibunya,” kata Dr Nasser.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
israelpalestin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara