• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terima Banyak Mesej Kecaman Daripada Rakan Sekolah, Anak Tiri Fizi Trauma Dituduh Pembuli Selepas Foto Tekup Mulut Ameena Tular

by Puteri Alia
October 27, 2023
Share on Facebook

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mendedahkan anak tirinya, Damia, mengalami trauma gara-gara dituduh sebagai pembuli oleh rakan sekolahnya susulan gambar menekup mulut Ameena Sofia yang tular, baru-baru ini.

Perkara itu juga menyebabkan Damia mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah.

Katanya, Damia takut keluar rumah kerana bimbang orang ramai akan memarahi dan membencinya.

“Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.

“Mereka tuduh Damia pembuli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurungan.

“Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa buli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.

“Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena,” katanya.

Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Fizi berkata, Ameena mahu cium tangan Damia, tetapi jurufoto sedang merakamkan gambar, jadi ia kelihatan seperti Damia menekup mulut Ameena.

“Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.

“Bagi saya, gambar itu sebenarnya comel, tapi ramai pula yang mengecam dan tak adil sebenarnya buat spekulasi hanya daripada sekeping gambar.

“Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya. Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya,” katanya.

Ditanya kenapa tidak menjawap pertanyaan daripada bekas isteri, Shakilla Khoriri yang menuntut penjelasan mengenai gambar itu, Fizi berkata, dia ada sebab tidak menjawab WhatsApp dihantar wanita berkenaan.

Isnin lalu, Shakilla meluahkan rasa rasa kurang senang melihat anak tiri Fizi menekup mulut Ameena dalam foto perkhawinan penyampai radio itu.

Sebagai ibu, Shakilla tidak gembira melihat anaknya diperlakukan sedemikiam dan menuntut penjelasan daripada Fizi tetapi tidak diendahkan.

Fizi membuat kejutan apabila mengumumkan bernikah dengan wanita dikenali sebagai Siti Zulaikha, 30 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor pada Isnin lalu.

Fizi Ali
https://lomp.at/ex1wn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

by Phic ARMAN
December 3, 2025

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read more
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak-anaknya...

Read more
by Naddy Joe
November 11, 2025
Lokal

“Jangan Putus Asa, Hari Itu Akan Tiba…”-Shila Amzah

Perkongsian penyanyi, Shila Amzah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu foto di media sosial miliknya, baru-baru ini. Shila atau nama...

Read more
by Naddy Joe
October 16, 2025
Foto - Mashable ME
Bollywood

[VIDEO] Kecewa Dengan Sikap Salman Khan, Aamir Dedah Dilayan Sebagai Pembantu Di Set Filem

Nama dua pelakon Bollywood popular, Aamir Khan dan Salman Khan kembali menjadi bualan ramai apabila Aamir menceritakan kisah di sebalik...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Indonesia

Afgan Terbiasa Pakai Tasbih Digital Lepas Pulang Haji, Akui Zikir Buat Hati Tenang

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mengakui penggunaan tasbih digital untuk berzikir kini menjadi rutin hariannya setelah pulang menunaikan ibadah Haji pada...

Read more
by Naddy Joe
November 8, 2025
Berita

[VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Bekas Air Minuman Ammar Ahyan Buatkan Netizen Terhibur-“Dia Nak Kitar Semula”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan menggunakan bekas coklat yang telah habis sebagai cawan yang diisi dengan...

Read more
by Noah Ab
September 17, 2025
Lokal

“Saya Berperang Supaya Kami Tak Berpisah” – Kamal Adli Lantang Bersuara Demi Rumah Tangga Selamat

Wajahnya tidak lagi setenang dulu. Senyuman yang pernah menjadi lambang kebahagiaan kini tampak tawar, seolah disembunyikan di sebalik mata yang...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas, Netizen Terhibur

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Alyah membuat kejutan menyanyi semasa Tok Ram menjadi juri di sebuah pertandingan...

Read more
by Noah Ab
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Michael Ang Kongsi Momen Majlis Resepsi Fattah & Amira, Lain Pula Reaksi Netizen Ini?

Pengarah dan pelakon terkenal, Michael Ang tampil membalas komen negatif salah seorang netizen selepas berkongsi momen majlis resepsi pasangan Fattah...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore