Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Waheeda Wassini Kembali Dalam Dunia Muzik Selepas 14 Tahun Menghilang!

by Amirul Fikry
October 30, 2023
249
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan Norwahidah Abdul Wahab atau lebih kenal sebagai Waheeda Wassini, merupakan seorang penyanyi, pelakon, model, pengacara serta penulis dan pengubah lagu yang terkenal suatu ketika dahulu.

Lagu berirama Arab ‘Wassini’ yang menjadi fenomena suatu ketika dulu telah mengangkat nama Waheeda lebih dikenali ramai dan sebaris dengan penyanyi terkenal dahulu seperti, Misha Omar, Dato Sri Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan lain-lain. Banyak tawaran berlakon yang diperolehinya membuatkan bakatnya bukan hanya sekadar nyanyian malah tidak kurang hebatnya juga dalam lakonannya dahulu.

Mengekalkan Imej Berpurdah, Tidak Menghalang Waheeda Untuk Terus Menghasilkan Karya!

Sekian lama menyepi dari dunia hiburan tanah air, baru-baru ini, di laman media sosial tiktok miliknya membuatkan ramai yang terharu apabila Waheeda mengambil keputusan untuk kembali dalam industri tanah air bagi memartabatkan lagu-lagu berirama Arab yang semakin dilupai ramai.

@officiallywaheeda

Assalamualaikum, World. I’m back with The New Act. #WHDA #waheeda #waheedawassini #musictok #fyppppppppppppppppppppppp #skysonpr

♬ Sindiran – Waheeda

Katanya lagi bahawa, dia bakal mengeluarkan lagu tidak lama lagi serta ingin dikenali bukan sahaja sebagai pelakon dan penyanyi malah turut ingin dikenali sebagai komposer, pemuzik dan pencerita melalui lagu-lagu yang bakal dihasilkan nanti.

Penyanyi yang berusia 45 tahun itu, mula menyepikan diri dahulu dari industri seni tanah air apabila berkahwin dengan penceramah bebas, Akhil Hayy pada 16 Ogos 2009. Selepas dari itu, Waheeda banyak menghabiskan masa menjaga anak-anak serta menambah ilmu mengenai agama dengan lebih mendalam.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar Waheeda dapat kembalikan kegemilangan dan memperbanyakkan lagu-lagu berirama Arab yang berunsurkan keagamaan serta nasihat buat pendengar masa kini.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
"Walau Mereka Sudah Tak Bersama Lagi, Tapi Hati Sarah..."-Anak Akhil Hayy
waheedaWaheeda Wassini
https://lomp.at/29yrl
Share100Tweet62SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem