Jujur Miss Murai katakan; penampilan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor yang terkini lebih manis, sopan dan sejuk mata memandang. Walaupun aktres dan usahawan ini menutup aurat dengan sepenuhnya, setiap penampilannya masih lagi nampak bergaya tau!
Lebih memilih untuk bergaya demi keselesaan diri dan menutup aurat sebagai seorang muslimah, berikut adalah beberapa fesyen Neelofa yang menjadi pilihan Miss Murai. Bermula daripada…
- Ruched satin dress oleh Davis Paul Lister (dpkl) dalam rona krim yang dikenakan oleh Neelofa ini menjadi pilihan Miss Murai kerana perincian lipatan di bahagian perut membentuk ilusi langsing pada aktres ini.
- Suit dalam rona ungu oleh Hatta Dolmat membuatkan sisi lady boss Neelofa lebih terserlah.
- Tampil menggayakan suit daripada Gucci menojolkan lagi karisma Neelofa sebagai seorang aktres dan usahawan.
- Walaupun mengenakan gaun paras buku lali, Neelofa masih lagi dapat menjaga auratnya ketika berfesyen.
- Padanan gaun berona merah jambu dan tudung bermotif floral membuatkan Neelofa nampak sangat manis!
- Pakaian serba hitam sebenarnya dapat menyerlahkan lagi sisi classy dan elegan si pemakai.
- Gabungan kot labuh, gaun dan tudung bermotif floral tak pernah salah jika kamu mahu tampil sebagai muslimah yang menutup aurat seperti Neelofa.
- Kalau nak elak gaya nampak boring, cuba kamu cari pakaian yang mempunyai sequin untuk tampil ekstra dan lain daripada yang lain.
- Selain daripada warna coklat, kamu juga boleh pertimbangkan gaun sequin dalam warna biru muda.
Sejuk saja mata memandang penampilan Neelofa yang terkini. Bagi mereka yang ingin berubah menjadi muslimah lebih baik, Miss Murai doakan semoga kamu dapat beristiqomah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.