Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition Kembalikan Nostalgia Menulis Atas Kertas

by Phic ARMAN
October 31, 2023
Share on Facebook

Memperkenalkan HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition, tablet hebat yang direka untuk memberikan anda rasa menulis di atas kertas.  Ia lebih daripada sekadar tablet kerana dalam dunia serba moden ini  Huawei. telah  mengembalikan semula nostalgia kita semua menulis di atas kertas.

YouTube video

Apa yang ada dalam kotak?

Sebelum ini kami ada mengeluarkan video unboxing tablet baharu ini dan akan menemui koleksi aksesori penting yang disusun dengan teliti yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan anda.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Di dalam kotak, anda akan menemui set aksesori yang komprehensif, termasuk Kain Penggilap untuk memastikan peranti anda bersih, Pengecas dan Kabel Jenis-C untuk pengurusan kuasa yang cekap, Panduan Mula Pantas untuk memudahkan proses persediaan dan Kad Waranti , memberikan jaminan dan sokongan untuk gajet baharu anda.

5 Perkara Menarik Tablet Ini Selama Kami Menggunakannya

Keselesaan Mata

Salah satu perkara menarik tentang MatePad 11 PaperMatte Edition ini ialah dilengkapi dengan keupayaan untuk menghapuskan gangguan cahaya sehingga 97 peratus, jadi ia dapat mengurangkan pantulan cahaya yang mengganggu keselesaan mata.

Teknologi Nanoscale Texture

Menggamit kenangan! Zaman sekarang, kita semakin jarang menulis di atas kerta dengan menggunakan pen atau pensil. Tapi tablet ini telah mengembalikan semua nostalgia kita semua. Tablet ini menggunakan teknologi Nanoscale Texture yang membantu menulis dengan lancar pada skrin seperti menulis di atas kertas.

Selain itu, terdapat juga ciri bunyi berdesir seperti kertas sebenar apabila menyelak muka surat e-book.

Skrin anti silau

Kepada yang ada masalah penglihatan rabun silau tu,  tablet ini siap dengan skrin anti silau bertekstur tanpa menjejaskan kualiti warna dan imej yang dipancarkan.

Skrin MatePad 11 PaperMatte Edition juga direka bentuk untuk menjadi lebih selamat dan mesra mata berkat dari pensijilan yang disediakan oleh SGS dan TUV Rheinland Triple Certification.

Kadar penyegaran 120 Hz

Performa tablet ini dilengkapkan dengan skrin berkualiti yang menyokong kadar penyegaran 120 Hz yang boleh memberikan visual yang lebih lancar dan responsif berbanding sebelum ini.

Untuk menyokong produktiviti, tablet ini dilengkapi dengan aksesori Papan Kekunci Boleh Tanggal Pintar, M-Pencil Generasi Kedua untuk menulis dan melukis dan tetikus Bluetooth.

Saiz, Performa & Audio Yang Sempurna

MatePad 11 PaperMatte Edition mempunyai dimensi 253.7 mm tinggi, 165.3 mm lebar dan 7.2 mm tebal dengan skrin 11 inci. Ia mempunyai berat sekitar 480 gram termasuk bateri.

Dari segi pemprosesan, tablet ini dikuasakan oleh pemproses Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 870. Tablet ini menggunakan HarmonyOS 3.1 dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,250 mAH.

Tablet ini turut dilengkapi dengan kamera hadapan 8 MP dan kamera belakang 13 MP.

Tampil dengan kapasiti 8GB + 128GB (varian WiFi), ia boleh dimiliki pada harga RM2,299. Maklumat lanjut di laman web rasmi HUAWEI.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
huawei
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara