Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Bekas Tentera Sekolahkan Netizen, Kenapa Malaysia Tak Hantar Tentera ke P4lest1n, – “Jangan Kecewa Dengar Ni”

by Phic ARMAN
November 2, 2023
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini agak kecoh mengenai permintaan segelintir masyarakat Malaysia yang mahu Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  menghantar pasukan pengaman ke Palestin. Bak kata Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, ia bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Anwar minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat.

Walaubagaimanapun, ramai di antara kita masih tidak berpuas hati dengan kenyataan ini. Harus ingat ya! Jangan samakan perang-perang ini macam anda main video games.

Kalau lebh faham, anda boleh mendengar dari penjelasan dari bekas Pegawai Tentera, Mejar Fitri yang pernah berkhidmat selama 25 tahun dalam ATM.

“Saudara saudari, kalau kita nak berperang, kita ada strategi dipanggil perkiraan keadaan. Ataupun dalam ketenteraan di panggil Military Apreciation Process. Sebelum wujudnya Military Apreciation Process, dia kena buat IPB (Intelligence Preparation of the Battlefield). Saya rasa Menteri Pertahanan pun tahu pasal ni. Apa yang ada dalam ‘Intelligence Preparation of the Battlefield’ ini?  Dalam IPB, dia kena tahu siapa musuh dahulu. Pergerakan ke sana macam mana duhulu.” kata nya

@zeerastore

#ilmuperang #ilmubermanfaat #tuanhutan #tuanfitri #tuanhutantuanfitri #zeerastore

♬ original sound – Zeera Store TUAN HUTAN – Zeera Store TUAN HUTAN

“Saya bagi gambaran yang ringkas, saudara nak meminang orang, saudara kena hantar merisik dulu. Kita mesti tahu hal terperinci mengenai anak orang tu dulu.”

“Sama seperti laporan IPB bila dah dapat, baru kita teruskan dengan Military Apreciation Process. Baru lah batalion ke, rejimen ke, boleh hantar ke sana”

“Saudara dan saudari, mula-mula kita kena fikirkan ‘Ground’, tanah sini nak ke sana lain! Banyak yang perlu ambil kira dari segi pakaian, SOP dan banyak lagi”

” Sebelum pergi kita kena buat latihan dan raptai. Zaman Nabi Muhammad pun buat raptai sebelum berperang. Ini bukan zaman “jom perang, jom angkat senjata”- jelasnya lagi

Menurut Mejar Fitiri, jika bercakap pasal logisitik mahu ke sana  belum tentu 120 negara di luar sana membenarkan kita melalui ruang udara, air mahupun tanah.

@zeerastore

#ilmuperang #ilmubermanfaat #tuanhutan #tuanfitri #zeerastore

♬ original sound – Zeera Store TUAN HUTAN – Zeera Store TUAN HUTAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

palestin
https://lomp.at/zl5je
Share31Tweet19SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem