Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aina Abdul Yang Sekarang Bukanlah Seperti Dulu!-“Lebih Matang & Kuat Dalam Industri Muzik”

by Amirul Fikry
November 3, 2023
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti, satu Malaysia sudah mengenali beliau. Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta lagu-lagunya yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen beliau sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina Abdul adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud tersirat dan makna yang tersendiri. Baru-baru ini, beliau melancarkan album sulungnya yang berjudul IMAJI dan ianya dipuji ramai apabila kesemua lagu tersebut mendapat tempat dihati pendengar.

“Sayap Kiri & Kanan Adalah Peminat Yang Sentiasa Bersama”

Aina Abdul merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai peminat yang ramai di Malaysia, bukan itu sahaja malah di Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Keakraban Aina Abdul bersama peminatnya dilihat seperti sebuah keluarga yang bahagia. Kehadiran Aina Abdul juga disenangi ramai bukan sahaja menerusi lagu-lagunya malah tingkah lakunya yang sopan juga dapat mencairkan hati yang mengenali dan memandangnya.

Sebelum ini, Aina Abdul memberi tahu bahawa tanpa peminatnya, beliau tidak akan berada di tempatnya yang sekarang, malah kesemua peminatnya adalah tulang belakang dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi yang makin dikenali masa kini.

“Tanpa Sayap, Burung Tidak Akan Dapat Terbang Dengan Jauh” perumpamaan yang boleh digambarkan buat Aina Abdul bersama peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya itu. Peminatnya merupakan sayap kiri dan kanan yang akan membawa Aina Abdul terbang dan dikenali di serata tempat. Manakala bakat nyanyian dan lagunya akan menjadi badan burung yang akan mengendali arah tujuan perjuangan kerjayanya.

[VIDEO] Gelagat Peminat Cilik Aina Abdul Menyanyi Lagunya, Curi Perhatian Netizen!
VIA INSTAGRAM AINA ABDUL

Lebih Matang & Bersikap Professional

Walaupun baru-baru ini, nama Aina Abdul menjadi bualan di laman media sosial mengenai peminat ‘palsu’ yang cuba menjatuhkan namanya itu, namun Aina Abdul tidak cepat melatah dan bersikap professional dalam menangani hal tersebut. Bagi Aina Abdul, beliau sudah lali dengan perkara sedemikian kerana mengetahui bahawa jika memasuki industri ini, pasti akan banyak rintangan yang akan dihadapinya.

Peminatnya yang sebenar tidak akan pernah berbuat sedemikian untuk idola kesayangan mereka, namun terdapat beberapa individu yang cemburu serta kurang senang melihat kejayaan Aina Abdul pada hari ini, sehingga ingin melaga-lagakannya.

Murai MY berharap agar kita sama-sama menyokong penyanyi negara kita tidak kira siapa pun, yang baru atau yang lama kerana tanpa usaha dan keringat dari mereka, maka industri muzik negara kita tidak akan berkembang seperti hari ini. Hargai dan hayatilah setiap bait yang diberikan dari penyanyi negara ini kerana permata yang bersinar tidak akan sama seperti sinarnya kaca!

Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
3
+1
5
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aina abdulAinationsIMAJI
https://lomp.at/gqzs3
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem