Kematian adalah satu-satunya perkara yang kekal di dunia yang sementara ini. Ia adalah fakta yang tidak dapat dinafikan yang membawa kesedihan, kemurungan, dan kesedihan kepada mereka yang kehilangan orang yang disayangi.
Walaupun kesedihan adalah tindak balas semula jadi, setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menanganinya. Kematian adalah kabus gelap yang sukar dihilangkan dan cukup menyesakkan sehingga menyebabkan kebimbangan dan kemurungan.
Sebagai umat Islam, kita sering melupakan hakikat kehidupan yang sementara.
Di sinilah kematian orang tersayang menjadi peringatan, tanda bahawa suatu hari nanti kita juga mesti kembali kepada Pencipta.
Walaupun tidak ada garis masa yang tepat untuk penyembuhan, ideanya adalah untuk mempunyai harapan, kesabaran, dan tawakal kepada Allah SWT untuk menenangkan hati kita.
Kita hanya seorang hamba, kadangkala kita memang merasa bahawa musibah itu bertubi-tubi dan tak pernah berakhir.
Bukan tidak ‘move on’ tetapi sekadar melepas rindu.
Itu yang dilakukan pelawak Shuib apabila sentiasa membawa pakaian terakhir yang dipakai isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebelum dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 sekitar Ogos 2021.
Perkara tersebut didedahkan isteri baharu Shuib, Watie Hanifiah. Katanya, pakaian yang disimpan rapi dalam almari itu akan dipeluk dan dicium Shuib apabila merindui Allahyarham.
“Ini pakaian terakhir arwah Siti Sarah. Shuib akan bawa ke mana-mana sahaja dia pergi.
“Shuib pegang, cium. Setiap kali buka almari pasti nampak.
“Pernah ada orang gaji baharu kena marah sebab alihkan baju ini sedangkan dia tidak tahu,” kongsi Watie dalam InstaStory baru-baru ini.
Selain pakaian terakhir arwah, Watie juga pernah melalui momen Shuib terjaga daripada tidur dan menangis kerana bermimpi tentang arwah.
“Pernah dan selalu (Shuib rindu arwah). Kadang-kadang sekitar pukul 4 pagi, dia tiba-tiba terjaga dan menangis.
“Apabila tanya kenapa, dia jawab mimpi memanggil arwah tetapi arwah tidak datang. Dia rindu sangat.
“Kemudian tidak tidur sehinggalah hari bertukar siang,” katanya lagi.
Menerusi perkongsian lain, dia yang juga usahawan tidak berasa cemburu apatah lagu sedih sekiranya suami masih merindui arwah Siti Sarah.
“Sedih sebab cemburu tak pernah tetapi wujud rasa sedih apabila fikir sama ada Shuib pernah rasa tak bahagia dengan saya.
“Kalau boleh hendak kongsi bahagia bersama, jadi asalkan dia rasa perkara itu (gembira) dengan saya.
“Cuma dalam masa sama dia masih rindu dan sedih dengan pemergian arwah sebab Siti Sarah adalah separuh daripada hidup serta jiwanya namun saya okey sahaja,” katanya lagi.
Terdahulu, Shuib menamatkan zaman dudanya apabila selamat berbikah dengan Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pada 23 Jun lalu di Subang Jaya.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun dua tahun.
Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.