Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

RTM Warnai Deepavali 2023, Janji Sembilan Program Terbaik

by Aphit J.
November 5, 2023
Share on Facebook

Tiga saluran TV utama milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV1, TV2 dan saluran Okey berkongsi kehangatan sambutan perayaan Deepavali yang disambut 12 November depan menerusi sembilan program terbaik merangkumi drama bersiri, muzikal, telemovie, dan bual bicara.

Pelbagai Tayangan Disajikan

via RTM

Menjelang sambutan Pesta Cahaya ini, saksikan telemovie kekeluargaan bertajuk “Kasih Nermala” di TV1 yang dibarisi pelakon terkenal tanah air.

Menyusul kemudiannya tujuh program menambah seri dan keceriaan Deepavali di TV2 bermula dengan empat episod tayangan drama bersiri terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Kau Abang Aku”; telemovie “Palaya TV”; bual bicara “Vasantham Khas Deepavali” dan “What Say You khas Deepavali”.

Turut menghiburkan dua program muzikal iaitu “Pertandingan Akhir Bintang Minnal 2023” dan “Oli Veesum Deepavali”. Saluran sama diakhiri dengan tayangan cereka Tamil ‘Pushpa: The Rise”.

Saluran Okey Turut Terlibat

via RTM

Sementara itu saluran Okey pula menyiarkan telefilem bertajuk “Ennaval”, bermaksud ‘Dia Milikku’, kisah penyiasatan merungkai misteri kematian seorang lelaki yang cintanya tidak berbalas.

Berikut disertakan tajuk dan tarikh siaran program berikut:-

“KASIH NERMALA” I 11 November I 2.00 petang I TV1
KAU ABANG AKU I mulai 8 November I 2.30 petang I TV2
PALAYA TV I 13 November I 9.00 malam I TV2
VASANTHAM KHAS DEEPAVALI I 11 November I 3.00 petang I TV2
WHAT SAY YOU KHAS DEEPAVALI I 12 November I 3.00 petang I TV2
PERTANDINGAN AKHIR BINTANG MINNAL 2023 I 12 November I 4.00 petang I TV2
OLI VEESUM DEEPAVALI I 12 November I 9.00 malam I TV2
PUSHPA: THE RISE I 12 November I 10.30 malam I TV2
ENNAVAL I 12 November I 2.30 petang I OKEY

Jom Saksikan “Malaysia - Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM
deepavaliRTM
https://lomp.at/9miku
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

UNIQLO Hulur Bantuan Kepada Keluarga Yang Terjejas Kebakaran Di Sandakan

by Naddy Joe
May 1, 2026

Peruncit pakaian global, UNIQLO telah menyumbang bantuan kewangan dan pakaian, berjumlah RM42,000 bagi membantu individu yang terjejas akibat kebakaran Kampung...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Berita

Siti Khadijah & MAS Jalin Kerjasama Sempena Pelepasan Kumpulan Pertama Haji Musim 1447H/2026M

by Naddy Joe
April 22, 2026

Siti Khadijah telah menjalin kerjasama strategik bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperkukuh kehadiran jenama di pintu masuk antarabangsa...

Read moreDetails
Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
Berita

“Saya Dua Kali Kahwin, Dua Kali Kena Benda Sama. Diorang Akan ‘Brain Wash’..”-Zarina Anjoulie

by Naddy Joe
May 12, 2026

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberikan respon terhadap hantaran seorang netizen yang bertanyakan pendapat orang ramai mengenai pilihan hidupnya, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara