Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Rasa Macam Di Istana India! Sambutan Deepavali di ‘Centre Court’ Suria KLCC Meriah

by Phic ARMAN
November 6, 2023
Share on Facebook

Sempena perayaan Deepavali, Suria KLCC menyerikan ruang legarnya atau ‘Centre Court’ dengan tema ‘Gemerlapan Taman Cahaya’ dari 3 hingga 15 November ini.

Jika anda berkunjung ke Suria KLCC, anda akan disjaikan dengan rekaan taman yang dihiasi bunga bungaan
indah dan hayunan buaian yang pastinya menjadi tarikan untuk merakam detik indah.

Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki bakal menyambut pengunjung. Ianya mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung. Suasana bakal dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki.

Ekor interaktif sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung. Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah olah hidup.

Hiasan berwarna warni beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal bakal membangkitkan semangat perayaan cahaya ini.

Lebih meriah, terdapat persembahan tarian tradisional kaum India dengan Alunan lagu lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini.

Disamping itu, Suria KLCC memeriahkan sambutan Deepavali ini, dengan menawarkan hadiah istimewa kepada pelanggan. Pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
deepavaliklcc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara