Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mahu Buka Buku Baharu Dengan Imej Rambut Pendek, Fyna Hanya Mahu Berkawan Baik Dengan Bekas Suami

by Puteri Alia
November 6, 2023
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Fyna Jebat, ingin membuka lembaran baru kehidupan dengan memberi fokus kepada kerjaya nyanyian selepas penceraiannya dengan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna mengakui hidupnya semakin gembira berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan selain masih menjaga hubungan baik dengan bekas suami.

“Syukur, saya gembira dengan kehidupan sekarang selain meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, sebab saya tidak mahu besar-besarkan cerita lampau.

“Apa yang lepas, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” katanya.

Tampil dengan imej baharu berambut pendek, Fyna memaklumkan dia ingin kembali dengan gaya yang lebih segar selain mengimbau penampilannya semasa di program realiti Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).

“Tidak benar dakwaan saya berambut pendek kerana bersedih. Sebenarnya, saya sudah berambut pendek sejak dulu lagi terutama ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan menerusi pertandingan AF9.

“Jadi itu memang imej saya yang lama, cuma sekarang saya nak tampil semula dengan gaya sebegitu. Lebih ‘fresh’.

“Memang tiada kaitan dengan sesiapa,” tambahnya.

Sebelum ini, anak Zainal Abidin, Zahira Aisyah ada membuat satu hantaran di Facebook dengan memberi bayangan bahawa bapanya sudah bercerai dengan Fyna selain menyifatkan bapanya melakukan ‘keputusan yang tepat’.

Datuk Zainal Abidin Hassan kemudian mengesahkan bahawa dia dan Fyna sudah bercerai secara baik pada Ogos lalu.

Selepas pencerian, Fyna mendiamkan diri selama beberapa bulan dan kakaknya, Ayda Jebat beranggapan adiknya sedang berada dalam tempoh bertenang selepas kemelut rumah tangganya menjadi perhatian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Zainal Abidin Hassanfyna jebat
https://lomp.at/8f18y
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem