Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akui Alpa Seketika Promosi Konsert Bollywood Anjuran Hrithik Roshan, Uqasha Mohon Maaf Tidak Sensitif Isu Palestin

by Puteri Alia
November 7, 2023
Share on Facebook

Pelakon Uqasha Senrose memohon maaf dan mengakui kekhilafannya selepas dituduh tidak sentitif apabila mempromosikan penganjuran konsert aktor Bollywood terkenal, Hrithik Roshan di Malaysia pada 1 Disember nanti dalam Instagram miliknya.

Uqasha atau nama lengkapnya Zik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, ketika sesi Live dalam Instagramnya hari ini berkata, dia telah pun memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sudah pun padam hantaran tersebut dan ingin memohon maaf. Bukan kerana saya tidak sensitif tentang isu semasa. Yang salah tetap salah.

“Terima kasih atas teguran semua. Mana-mana pengikut yang sudah ‘unfollow’ saya, itu saya tidak boleh halang,” katanya.

Pada masa sama, Uqasha juga mahu memperbetulkan salah faham netizen apabila dia dituduh tidak ambil tahu tentang peperangan di Palestin sehingga dirinya dilabel liberal dan neutral.

“Saya hendak memperbetulkan bahawa, saya ada menyebarkan kesedaran tentang isu di Palestin. Setiap hari saya kongsikan dan ambil tahu, tapi kena ‘remove’” jelas Uqasha.

Ujar isteri kepada aktor Kamal Adli itu lagi, setiap hari dia mengikuti perkembangan terkini krisis Palestin-Israel, namun menganggap tidak semua perkara perlu dikongsikan dalam media sosialnya, termasuk perihal produk berkaitan Israel yang diboikot.

“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Apa yang boleh saya cakap, setiap perkara yang saya lakukan, produk yang saya boikot (berkaitan Israel), sumbangan yang telah saya buat, rasanya tidak perlu untuk saya beritahu kepada semua orang.

“Bila saya kongsi tentang konsert Hrithik Roshan, terus dicop tidak sensitif. Ada komen mengatakan saya liberal dan neutral. Semua itu tidak benar.

“Saya akui dan terima kekhilafan saya berkongsi tentang konsert tersebut. Mungkin saya alpa seketika sebab terlampau minat dengan dunia Bollywood. Saya jadi teruja,” jelasnya.

Sebagai manusia biasa, Uqasha berkata dia juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Namun, tindakannya memadam hantaran tersebut bukanlah kerana bimbang kehilangan pengikut dalam media sosial

“Apabila saya ditegur dengan cara baik, barulah saya sedar kesilapan ini. Okey saya menerimanya. Cuma saya mahu betulkan, saya ambil tahu tentang Palestin,” tegasnya.

Pada masa sama, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu memaklumkan telah diberi tiket konsert tersebut oleh pihak penganjur dan cuma menjalankan tugasnya sebagai artis untuk mempromosikan acara terbabit.

“Penganjur beri tiket kepada saya. Jadi, saya lakukan tugas saya (untuk promosi). Saya sudah pun memaklumkan kepada mereka (penganjur) terpaksa padam hantaran itu.

“Ini bukan masa yang tepat untuk saya kongsi perkara-perkara seperti itu. Banyak pihak yang sedang sensitif dan saya sendiri pun terleka,” ujarnya.

Untuk info, selepas lapan tahun tidak bertandang ke Malaysia, bintang Bollywood, Hrithik Roshan bakal bertemu peminat menerusi konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert di Stadium Nasional pada 1 Disember ini.

5 Kisah Cinta Bollywood Yang Penuh Dengan Drama & Kontroversi- No.3 Tidak Boleh Dilupakan!
Hrithik RoshanUqasha Senros
https://lomp.at/uqaol
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Norman Hakim Mohon Maaf Dengan Maria Danisha, Netizen Puji

by Naddy Joe
April 3, 2026

Aktor, Norman Hakim tampil memohon maaf kepada puteri bongsunya, Maria Danisha yang sebelum ini memuatnaik luahan hati yang memberikan bayangan...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara